Sep 14, 2008

Aku jumpa lagi...


Aku ni agak pelik sikit. Jika aku menggemari sesuatu, aku akan berusaha untuk dapatkannya. Walau lambat, akhirnya aku akan miliki jua. Tetapi dalam pencarian itu, mana-mana yang terbaik sahaja yang aku akan tunjukkan pada Mem Besar. Aku tahu di mana ada lubuk di situ akan ada ikannya. Setiap lubuk yang aku jumpa di sepanjang laluan aku, tetap aku jengah. Tetap aku belek, tetap aku kelebek, tetap aku sentuh. Walaupun ikannya tidak aku berkenan, aku tetap jengah juga. Itulah aku.

Hari ini, lepas Zohor, aku ngan mem besar meronda pasar Ramadhan di bandar Kluang. Bazar ini adalah anjuran Pemuda UMNO Bahagian Kluang. Kali ini aku masuk melalui pintu utara bazar itu. Biasanya aku hanya memasuki pintu selatan. Dulu aku masuk ikut pintu timur. Melalui pintu utara, banyak greai baru yang belum aku jengah. Hati aku akan berdebar bila aku memandang gerai "bundle". Aku memang alergik. Jika Si Bongsu aku mengikuti kami, memang dia dah tau peel ayahnya. Jika melalui gerai yang sebegitu, dia pasti seret tangan aku untuk tidak menyinggah di kedai bundle. Petang ini, Si Bongsu tak ikut. Dia bersama abang dan kakaknya berehat di rumah sambil melayan PS2. Hanya aku dengan mem besar saja meronda-ronda dengan menaiki CHINTAHATI.

Mem Besar memang dah tau peel pelik suaminya. Hehhehe.

"Yang, ada bundle baru la. Kita belum jengah lagi kan?"

"A'a la, Jom. Mana la tau, kalau-kalau ada. Hehehheh. Tengok, mamat tu pun masih dok gantung2 baju lagi".

Mem Besar memang dah tau apa hajat aku. Beberapa buah bundle yang kami jengah sebelum ini, Mem Besar jadi penilainya. Sama ada sesuai atau tidak untuk aku miliki. Mem Besar juga akan jadi penentu nilainya. Aku sekadar tunjuk dan sebut. Apa-apa pun Mem Besar juga penentu keputusannya. Maklum le, bukan mudah nak jumpa sesuatu yang sememangnya kita minati.... Jenuh juga aku mendongak dan menyelak.

Akhirnya, aku jumpa juga T'SHIRT HARLEY DAVIDSON warna hitam. Bagi orang lain, apa la sangat nak beli-beli barang bundle. Bagi aku, nilainya sangat tinggi. Entah le, mungkin minat aku tu sejak dari zaman bujang lagi kot. Pantang nampak gerai bandle. Cuma, nak singgah atau tidak bergantung pada decoration sesebuah kedai itu. Mungkin aku jenis high taste kut! Hahahha.

Ada sesetengah kedai sebelum ni, aku pernah juga jumpa tshirt sedemikian rupa. Aku tak berkenan kerana warna corak dan tulisan harley atau chooper, terlalu "garang" sangat. Siap ada gambar tengkorak lagi...warrggg..tak berapa kena la dengan jiwa aku. Walau aku agak brutal, tetapi untuk corak sebegitu tak kena la ngan position aku. Hehehhe.

Kali ini, aku memang tergoda dengan t'shirt tersebut. Lembut sahaja coraknya. Very clean! Tak ada sampai keluar-keluar api seperti t'shirt2 yang aku temui sebelum ini. Ermmm, aku terus sambar dan bayar. Bagi aku, kalu aku dah berkenan, minda aku MACAM TAHU je utk seiring dengan HAJAT aku.. Hahhahahha. Boleh ke kata gitu? Alasan yang paling logik!

"Hello brader, kalu lu tak ambil kali ni, kompom la... mana-mana mat motor lain akan sambar beb!" Bisik minda aku sambil meruntun jiwa murni aku. Hahahha

Hahahhahahah. Akhirnya, aku yang menang, sebab aku yang beli dulu. Hahahhah.


10 Coretan Lain:

azza_irah on 9/14/2008 10:11 PM said...

beso tanggungjawab MEM BESO...ekkee..

tahniah la sb menang beli baju tu..
erkk...kira menang ek...

azlanlin on 9/14/2008 10:43 PM said...

To Azza:

Mem Besor tetap ada peranannya walau di mana jua...

Allaaaaa...kira menang le sbb aku yg beli dulu, takkan nak ngaku kalah dengan minda pulak kut. Itu baru dikatakan seiring dengan minda dan hajat! hehhehhe

Unknown on 9/15/2008 8:29 AM said...

pagi tadi ada sms no saya : terima kasih - saya di UPSI pulak sekarang. banyak cerita yang boleh kita kongsikan banyak perkara. senang2 masuk blog saya - jinggo

azlanlin on 9/15/2008 9:54 PM said...

To Jinggo:

Yang pasti, kita kian ketemu suatu masa nanti. Tunggu saat itu. Insyaallah.

Marzalina on 9/16/2008 9:07 AM said...

waa..cantik t-shirt harley davidson tu..pandai mamu pilih ye..:)

suara on 9/16/2008 10:37 AM said...

Salam Ramadhan cikgu...
Wahh... dah dapat beli baju raya nampaknya. Errr... kira baju raya jugak tu, kan?

Kakak saya mmg terrer bak bundle ni. Tapi dia suka beli barang utk rumah. Memang cantik sangat. Tak sangka ia dari jualan bundle.

Saya mmg tak pandai memilih... tak kira bundle atau tidak, mmg fail bab memilih ni. huhu...

azlanlin on 9/17/2008 2:01 AM said...

To Marzalina:

Alhamdulillah...mungkin kebetulan yang betul kot ketika melalui kedai bundle tu. Takdak sesapa yg memilih seawalnya... udah rejeki wak gamaknya!

azlanlin on 9/17/2008 2:02 AM said...

To Suara:

Mungkin rejeki wak kut, suara oiii..

Lebih baik tak pandai memilih daripada asyik nak memilih jer...hehhe

Mana blog Suara ni?

Jie on 9/18/2008 4:39 PM said...

Hujung minggu lepas saya ke kluang..maaf tak teringat langsung nak contact....abg ade kerja2 ukur kat area Kawasan Perindustrian Mengkibol dan saya dgn Intan mengukur luas kaki persegi Kluang Mall..hehehe

azlanlin on 9/20/2008 2:29 PM said...

To Jie:

Mungkin antara kita belum ada rezeki bersua muka secara hakiki di dunia nyata...Insyaallah..akan datang kita tak tahu..kan?

Melenguhkan kaki di Kluang Prade kut... Kluang Mall masih dalam pembinaan..

 

Blog Archive

About Me :

My photo

i'm everywere
Email : azlanlinn@yahoo.com

E-Journal

Pendidikan ::

* Bahagian Tajaan - Blog
* Bahagian Tajaan - Rasmi
* MPM
* KPM
* Kemudahan OKU
*

target="_blank"

Text

Klik Banner

Warna-warni Kehidupan Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template