Jun 20, 2008

Ikatan kekeluargaan

KUALA LUMPUR, 18 Jun (Bernama) -- Walau sejauh mana anak itu tinggal, kasih sayang ibu bapa tetap melekat di hati dan kasih itu jugalah menjadi pengukuh ikatan antara anak dengan ibu bapa.

Namun untuk mewujudkan satu ikatan kekeluargaan yang erat memerlukan satu rentetan hubungan yang baik antara ibu bapa dan anak sejak mereka dilahirkan.



Untuk memahami lebih dekat bagaimana ikatan itu boleh terhasil Abbot Sdn Bhd mengambil inisiatif menjayakan kem "Gain Family Discovery" di Pulau Tioman baru-baru ini.

Kem ini memberi pendedahan kepada ibu bapa yang berkerjaya tentang bagaimana untuk mendidik dan mengasuh anak-anak dengan cara yang betul tanpa memberi tekanan kepada anak-anak.

Ini susulan ramai kanak-kanak kini mengalami tekanan emosi berpunca daripada gesaan untuk memenuhi kehendak ibu bapa tanpa memikirkan keinginan anak masing-masing dan sikap sedemikian perlu diubah.

CARA BETUL DIDIK ANAK

Sememangnya masa membataskan ibu bapa yang mempunyai kerjaya untuk meluangkan masa bersama anak-anak dan ini berbeza pada masa lampau.

Bertemakan "lebih banyak anak-anak belajar, lebih bersedia mereka (anak-anak) untuk menghadapi masa depan", Abbot Sdn Bhd telah mengambil daya usaha untuk memperlihatkan kepada ibu bapa mengenai cara yang betul untuk mendidik anak-anak.

Pakar perunding klinikal psikologi Monash University di Pusat perubatan Sunway, Paul Jambunatahn dalam ceramahnya berkata, kemahiran berkomunikasi serta memahami kehendak anak-anak adalah penting bagi merapatkan lagi hubungan kedua-duanya.

Beliau turut menekankan pentingnya penglibatan anak-anak dalam setiap perkara kekeluargaan di samping mendengar dan beri tumpuan 100 peratus dengan apa yang mereka ingin suarakan.

Ilmu keibubapaan sangat penting untuk diterapkan secara mendalam kepada setiap ibu bapa sekarang tambahan pula kanak-kanak sekarang semakin bijak dan agresif, katanya.

"Tambahan pula kehadiran anak-anak ini merupakan pelengkap dan penyeri bagi rumah tangga. Pasangan suami isteri yang merancang dengan baik terhadap tumbesaran anak mereka kurang mendapat konflik rumah tangga berbanding mereka yang tidak merancang.



"Anak-anak belajar daripada pemerhatian terutama apa yang dilakukan oleh ibu bapa kerana menganggap mereka adalah contoh yang terbaik untuk diikuti", jelas beliau.

Pesanan Paul kepada peserta program agar anak-anak diberi kasih sayang yang mencukupi dan bukan berlebihan.

MAKANAN BERNUTRISI

Peserta juga didedahkan mengenai penyediaan makanan yang sesuai untuk tumbesaran kanak-kanak oleh pakar paediatrik, Dr Chow Su Lin.

Beliau menyarankan kanak-kanak diberi makanan yang berkhasiat seperti sayur-sayuran, buah-buahan serta makanan yang mengandungi nutrien pada setiap hidangan harian.

Makanan yang mengandungi nutrien yang mencukupi dapat membantu kanak-kanak membesar dengan baik, membekalkan sistem imunasi yang kuat untuk melindungi mereka daripada serangan alergi dan jangkitan penyakit.

APA KATA PESERTA

"Kem ini bukan sahaja sebagai satu pengalaman yang unik bahkan mengeratkan lagi hubungan antara anak dan ibu bapa", kata Parameswari, 34, yang disertai suami Palanisamy, 38, dan dua anak lelaki. Parameswari, seorang guru di SMK Raja Shariman, di Perak berpendapat, kem berkenaan mengajar beliau bagaimana hendak mengawal anak yang hiper aktif. Pasangan Muhammad Ikram Ramli, 34, dan isteri Suzana Mat Ropal, 34, dari Kuala Lumpur menyatakan kegembiraan yang amat sangat menyertai program itu. "Usaha saya tidak sia-sia, setiap kali membeli susu buatan Abbot Sdn Bhd, sudu kecil, yang menjadi pertaruhan, saya kumpul sebanyak yang mungkin. Saya memang inginkan percutian yang menyeronokkan ini", kata Suzana ibu kepada dua anak.

Bagi pasangan ini, penerangan yang sangat memberi manfaat daripada Paul akan dijadikan pedoman dan garis panduan untuk mendidik sepasang anak mereka dalam meniti usia remaja.

Boo Meng Liang, 43, berkata, "saya tidak pernah memaksa anak-anak saya untuk mengikut pilihan kami, yang penting mereka sihat. Saya tidak mahu mendidik dan mengasuh anak dengan memberi hukuman memadai dengan nasihat."

Isterinya, Wong Huey Ling, 42, berpendapat bahawa kretiviti anak-anak akan lebih terserlah sekiranya tidak disekat.

Pengurus produk Gain Plus dan Gain Kids, Tee Yok Pee, berkata, pertandingan ini menarik minat lebih ribuan penyertaan berdasarkan pembelian barang-barangan Abbort Lab Sdn Bhd bernilai lebih RM50.

Namun, hanya enam keluarga terpilih untuk menikmati percutian di Pulau Tioman.

-- BERNAMA

3 Coretan Lain:

zino on 6/21/2008 9:08 PM said...

banyak maklumat yg berguna..

azlanlin on 6/22/2008 12:53 AM said...

To Zino:

Berguna jika digunakan sekarang atau akan datang. Namun ianya terletak pada diri sendiri..kan?

cendawanintim on 6/22/2008 10:00 AM said...

Mekasih tuk info yang berpanjangan, harus dipraktikkan maner2 yang belum...

 

Blog Archive

About Me :

My photo

i'm everywere
Email : azlanlinn@yahoo.com

E-Journal

Pendidikan ::

* Bahagian Tajaan - Blog
* Bahagian Tajaan - Rasmi
* MPM
* KPM
* Kemudahan OKU
*

target="_blank"

Text

Klik Banner

Warna-warni Kehidupan Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template