May 16, 2008

Kenalilah pasangan anda.....

Pabila hampir musim cuti sekolah, maka musim "bertemu pusat" akan bermula. Pastinya beberapa keping kad jemputan ke majlis walimatul-urus telah kita terima. Tak ketinggalan juga jemputan secara lisan oleh tuan punya diri atau tuan rumah atau wakilnya. Bersedialah juga kita dengan "salam keruk" yang mula diterima pakai oleh masyarakat kita.



Awal minggu ini, aku ditanya oleh seorang ustazah J-Qaf di sekolah aku yang akan berlangsung majlis perkahwinannya dalam cuti sekolah ini. Beberapa orang guru wanita lain yang dipanggil kakak juga ada bersama di meja panjang dalam bilik guru. Aku pula jenis orang yang suka menyampuk "mesyuarat meja".

"Saya risau la cikgu. Macam mana saya nak masuk dalam keluarganya nanti", soalnya apabila kakak-kakak disekelilingnya meminta tanyakan aku untuk mendengar pendapat seorang lelaki.
Pernah aku terbaca di satu artikal yang aku dah lupa sumbernya.

"Apa la yang nak dirisaukan. Semua orang alami hal yang sama dulupun. Gerun, risau, gemuruh, kekok...semuanya orang akan risau. Sebelum nak fikir cara kita masuk dalam keluarga mertua...fikir dulu cara nak masuk dalam kehidupan dengan bakal suami", balas aku sambil menyengih-nyengih.

"Yang penting, MATLAMAT PERKAHWINAN! Apa perancangan yang nak dibuat dalam perkahwinan nanti. Apa yang nak dicapai dalam tempoh masa-masa tertentu. Kita tak boleh main harung jer tanpa ada arah dan tujuan. Tu yang membuatkan alam perkahwinan semakin menjemukan! Contohnya, dalam tempoh 5 tahun..apa nak capai? Dalam tempoh 10 tahun, apa nak capai? Bantu dan sokonglah perancangan suami, dalam apa yang dilaksanakannya", balas aku lagi. Si kakak-kakak sekelilingnya pun mula pandang kat aku.

"Biasanya, lelaki mempunyai banyak perancangan dalam mindanya. Jika suami yang bukan jenis pencerita, jangan harap le si isteri nak tau apa jua perancangan hidup dan kehidupan hanya dengan menadah telingan semata-mata untuk mendengar. Belajar-belajar le apa jua teknik komunikasi untuk mencungkil maklumat yang berlegar-legar dalam minda suami tu.."kata aku yang makin galak nak berceloteh... Kakak-kakak sekelilingnya juga mengangguk-angguk kepala.

"Kita kena ingat, tolak ansur untuk faham-memahami sangat penting. Sikap dan cara kita kena berubah ikut perkembangan masa. Jangan le statik dari dulu hingga sekarang atau akan datang. Banyakkan membaca tentang ilmu kehidupan berumah tangga. Bacaan santai yang menarik... cuba beli majalah Mingguan Wanita. Jangan la pulak sorang je baca, tapi pasangan kita tak membaca.... bijak-bijak le guna kata-kata untuk merangsang pasangan kita membaca untuk menambah ilmu pengetahuan," sambung aku lagi...

"Alamak, anak saya dah balik sekolah agama... nanti kita sambung lagi yek.." kata aku nyengih-nyengih sambil bergerak keluar dari bilik guru...


2 Coretan Lain:

Jie on 5/20/2008 9:10 AM said...

Saya dulu nak masuk alam perkahwinan pun ZERO!!!

anak sulong dlm keluarga, nak bincang dgn siapa..bukan spt sekarang terlalu banyak ruang untuk dicedok ilmu..tetapi sering terjumpa kawan² yang tERLALU TAKUT..kenapa ye?

Terlalu banyak lambakan infomasi sehingga terjadinya kecelaruan minda?

echah_syed on 5/24/2008 2:15 PM said...

kawen best ooooo :p

lagi best bila dah jd mama.. :)

best tak jd mak mertua??


jadi opah??


mesti best banget deh!

 

Blog Archive

About Me :

My photo

i'm everywere
Email : azlanlinn@yahoo.com

E-Journal

Pendidikan ::

* Bahagian Tajaan - Blog
* Bahagian Tajaan - Rasmi
* MPM
* KPM
* Kemudahan OKU
*

target="_blank"

Text

Klik Banner

Warna-warni Kehidupan Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template