May 29, 2008

Apa kaedah kita?

Problem Talk

A : Apa masaalah awak?

B : Saya sedih sangat. Setiap hari saya balik kerja lewat tapi bos saya masih tidak puas hati.

A : Kenapa bos awak macam itu?

B : Entahlah. Dia itu pandai cakap saja. Dia bukan faham apa yang berlaku di pejabat.

A : Apa yang berlaku di pejabat?

B : Saya peninglah. Kerja banyak sangat. Semua saya perlu uruskan.

A : Awak sudah beritahu bos awak hal ini?

B : Belum lagi. Saya risau dia tidak percaya yang kerja saya memang banyak.

A : Jadi, apa awak mahu buat?

B : Entahlah. Awak belum kenal bos saya. Dia teruk. Saya sedih dia buat saya macam ini.

Ciri-Ciri Problem Talk : Memfokus kepada masaalah, mencari punca ke akar umbi, mencari siapa yang bersalah, situasi bertambah buntu, terasa payah hendak menyelesaikan isu.

Solution Talk

A : Apa masaalah awak?

B : Saya sedih sangat. Setiap hari saya balik kerja lewat tapi bos saya masih tidak puas hati.

A : Apa yang awak mahu sebenarnya?

B : Saya mahu seorang pembantu. Kerja di pejabat banyak. Saya tidak larat buat seorang.

A : Bagaimana awak mahu yakinkan bos awak yang awak layak mendapat seorang pembantu?

B : Saya kena beritahu dia beban kerja saya banyak tetapi saya takut dia tidak percaya.

A : Saya akan gunakan ukuran skala 1 hingga 10. Katakan pada skala 1, beban kerja awak tidak banyak dan pada skala 10, sangat banyak. Macam mana beban kerja awak sekarang?

B : Hmmm, saya rasa sekarang beban kerja saya pada skala 6.

A : 6 saja? Bukankah tadi awak kata beban kerja awak banyak?

B : Ya, saya baru sedar kerja saya tidaklah banyak sangat sebenarnya!

A : Apa perlu awak buat sekarang?

B : Saya akan uruskan masa saya dengan lebih cekap.

Ciri-Ciri Solution Talk : Memfokus kepada jalan keluar, matlamat yang diingini ditetapkan, skala diguna bagi melihat isu dengan perspektif lebih jelas, bertanya soalan yang menimbulkan kesedaran, nampak jalan penyelesaian.

Sumber: BisnesKeluarga

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Bagi aku:

Dialog ini seringkali berlaku ketika stress apabila diri kita atau orang di sekeliling kita yang merasakan terbeban dengan kerja yang menimbun-nimbun dan tak tahu nak urus yang mana satu.. Begitu juga dengan permasalahan dan gangguan komunikasi antara pasangan dalam sesebuah keluarga.
Bagi aku, aku suka menggunakan teknikPROBLEM TALK terlebih dahulu apabila menghadapi orang sekeliling agar kemelut di hati mereka terasa puas dengan penyediaan ruang untuk meluah dan merintih. Selepas "sebu" di hati terluah, barulah disusuli dengan pendekatan SOLUTION TALK agar mereka nampak apa sebenarnya yang berlaku.
Namun, semuanya ini bergantung kepada kemahiran individu untuk mengendalikan situasi yang sebegitu... walahu'alam


18 Coretan Lain:

ita.itu on 5/29/2008 12:04 PM said...

susah dpt boss mcm tu ek..carik keja lain je la..hehe

Pak Ngah: on 5/29/2008 2:06 PM said...

:: salam... sesetengah orang tu punya problem... tapi dia tak tau apa problem yang dihadapinya... kahkahkah... haru2... macam2 hal...

azlanlin on 5/29/2008 5:10 PM said...

to Ita:
tak jugak... rasanya semua bos dan pekerja sama jer... bagaimana bos dan pekerja menangani isu yang dihadapi jer. ..kan ita? ehh... ita pernah hadapi isu stress ngan keje ke?

azlanlin on 5/29/2008 8:58 PM said...

To PakNgah:
Biasala tu PakNgah....sebab:

1. Tuan punya diri tidak menganggap "sesuatu" yang dihadapinya sebagai masalah sepertimana yg dilihat dan dilalui oleh orang lain bahawa "sesuatu" itu sebagai masalah...

2. Kekuatan mental seseoarng itu yang membezakan dengan orang lain utk menerima tahap skala masalah yang dihadapi...

3. Memang seseorang itu tak tau bahawa "sesuatu" masalah itu bakal meruncing di masa hadapan kerana orang sekeliling tidak memberitahunya...hehehhe

4. Atau ada idea lagi PakNgah?

MOLY on 5/30/2008 11:38 PM said...

ye la bang .. kadang2 ada jugak staff yg x berani nak ckp .. nak bgtau ..

tapi nih sebenarnya a good solution ..

thanks for sharing
;)

zino on 6/01/2008 7:26 AM said...

semuga yg ada masaalah boleh selesaikan masalaah dia sendiri.. dengan TALK yg berlaku..

Norlela Zubir on 6/01/2008 9:57 AM said...

Assalamualaikum.

"... aku suka gunakan teknik PROBLEM TALK terlebih dahulu agar kemelut di hati mereka terasa puas dengan penyediaan ruang untuk meluah dan merintih. Selepas "sebu" di hati terluah, barulah disusuli dengan pendekatan SOLUTION TALK agar mereka nampak apa sebenarnya yang berlaku..."

Saya setuju dengan cara En. Azlan. Cuma berhati-hati, jangan biarkan mereka tenggelam dalam PROBLEM TALK yang terlalu panjang. Nanti problem itu terasa besar sangat sampai mereka (dan kita yang mendengar juga) hilang punca dan tidak nampak lagi jalan keluarnya.

Dalam teknik coaching, kita mendengar problem untuk memahami secara overview. Dalam masa yang sama kita fokuskan kepada mencari jalan keluar. Contohnya dengan melihat kepada kekecualian.

Dalam sesuatu kes di mana problem kerap berlaku, tentu ada ketikanya ia tidak berlaku. Taktiknya ialah dengan bertanya, masa problem tidak timbul, apa berlaku. Kita cari jalan keluar dengan memfokus kepada situasi problem tidak berlaku.

Ringkasnya, kita fokus kepada 'what is working' meski pun perkara itu kecil. We do more of what is working. Small steps lead to bigger success! InsyaAllah.

*SiRibenMerah on 6/01/2008 2:45 PM said...

ehehehe..
tips neh bagus la..
memang kekadang kita keep talking tapi x pikir how to solve the problem kan..
thanks for da info =)

Mak Su on 6/02/2008 1:57 PM said...

mmg sgt tensen bila tak dpt ckp perihal sebenar, itu sebab teknik diperlukan.

silversarina on 6/04/2008 8:15 PM said...

saya surirumah jarang stress , mungkin sebab kita yang uruskan segalanya sendiri, anyhow, good tips to tackle problems yang timbul.

btw, happy birthday pada isteri tersayang .

saja nak tau, projek ayamas ada perkembanagn baru ke ???

azlanlin on 6/07/2008 8:41 PM said...

To LilyLulu:

Itulah keadaan kita sebagai manusia yang sentiasa mewarnai kehidupan. Msing2 punyai peel dan perangai/sikap memasing.Tidak berani menyatakan masalah yang sebenar, sering melihat faktor lain yang menyeabkan masalah. Akhirnya, punca sebena tak selesai....agak2nya la..

azlanlin on 6/07/2008 8:44 PM said...

To Zino:

Kekadang,kita sebagai manusia sering memerlukan org lain utk membantu menyelesakan kemelut yang melanda, sedngkan...kalu bab org lain yg miliki masalah, pandai jer kita berikan pandangan walaupun tak dipinta.... yek ke gitu?

azlanlin on 6/07/2008 8:46 PM said...

To Norlela Zubir:

Kekadang, sering juga tenggelam dan lemas dalam masalah hinggakan tak nampak jan keluar... sebab tu sesi kaunseling akan melibatkan beberapa kali perjumpaan. kenapa begitu yek?

azlanlin on 6/07/2008 8:46 PM said...

To Norlela Zubir:

Kekadang, sering juga tenggelam dan lemas dalam masalah hinggakan tak nampak jan keluar... sebab tu sesi kaunseling akan melibatkan beberapa kali perjumpaan. kenapa begitu yek?

azlanlin on 6/07/2008 8:54 PM said...

To SiribenMerah:

apa-apa ajer yg baik dan terbaik. Cubkita manfaatkan...

azlanlin on 6/07/2008 8:55 PM said...

To Maksu:

Mmgkita akan tension bila ada "sesuatu" yang terbungkam. Akan cuba kita selesaikan sendiri dalam apa jua kedaan pun...kan?

azlanlin on 6/07/2008 8:55 PM said...

To Maksu:

Mmgkita akan tension bila ada "sesuatu" yang terbungkam. Akan cuba kita selesaikan sendiri dalam apa jua kedaan pun...kan?

azlanlin on 6/07/2008 9:01 PM said...

To Silversarina:

Kata org, surirumahtangga spenuh masa sering alami stress kerana xde ruang utk meluahkan yang terbungkam. Bagi yang menguruskan semuanya selalunya agi stress, tapi SilverSarina miliki kkuatan utk melenyapkannya... bagus tu..kan?

Projek Ayam: Baru balik kg baru-baru ni. Kebiasaannya saya sering melihat apa jua ruang dan peluang dari semua sudut sebelum buat keputusan besar semacam tu krn...projek tu memerlukan kos yang besar... ratusan ribu...wow!. Kena hati2 utk buat keputusan...kan?

 

Blog Archive

About Me :

My photo

i'm everywere
Email : azlanlinn@yahoo.com

E-Journal

Pendidikan ::

* Bahagian Tajaan - Blog
* Bahagian Tajaan - Rasmi
* MPM
* KPM
* Kemudahan OKU
*

target="_blank"

Text

Klik Banner

Warna-warni Kehidupan Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template