Apr 2, 2008

Pekeliling Bil. 03/08 - OKU

Terima kasih aku ucapkan pada Raszana yang amat prihatin berkaitan perkembangan OKU setakat ini. Info yang diberikan amat bermakna. TQ Shahabattt!


PELAKSANAAN DASAR SATU PERATUS PELUANG PEKERJAAN DALAM PERKHIDMATAN AWAM KEPADA ORANG KURANG UPAYA

TUJUAN
1. Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan menjelaskan prosedur, peranan agensi dan pemantauan pelaksanaan dasar satu peratus peluang pekerjaan dalam perkhidmatan awam kepada Orang Kurang Upaya (OKU).

LATAR BELAKANG

2. Dasar memperuntukkan satu peratus peluang pekerjaan dalam perkhidmatan awam kepada OKU telah dijelaskan dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 10 Tahun 1988 (PP 10/1988). Tujuan pelaksanaan dasar ini ialah untuk membantu OKU yang memiliki kelayakan dan/ atau kemahiran diberi peluang menjawat jawatan dalam perkhidmatan awam. Walau bagaimanapun, selaras dengan usaha untuk mempertingkatkan pembangunan modal insan dan menjadikan rakyat Malaysia sebagai masyarakat penyayang, Kerajaan telah bersetuju supaya pekeliling perkhidmatan berkenaan diperkemaskan dan pengambilan OKU pada kadar sekurang-kurangnya satu peratus dalam perkhidmatan awam tercapai.


Baca LAGI


1 Coretan Lain:

cendawanintim on 4/02/2008 11:32 PM said...

Iktibar daripada citer Sufiah:

Allah adalah pelindung dan penjaga orang2 beriman. Dia mengeluarkan mereka dari kegelapan kepada cahaya. Jalan kepada penyucian jiwa ialah mempelajari kitab Allah dan Sunnah Rasulullah serta beramal keduanya. JIka kamu telah melaksanakan kewajipan tersebut, kamu pasti keluar daripada kegelapan dan kejahilan dan menuju kepada cahaya keimanan...Insyaallah..

 

Blog Archive

About Me :

My photo

i'm everywere
Email : azlanlinn@yahoo.com

E-Journal

Pendidikan ::

* Bahagian Tajaan - Blog
* Bahagian Tajaan - Rasmi
* MPM
* KPM
* Kemudahan OKU
*

target="_blank"

Text

Klik Banner

Warna-warni Kehidupan Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template