Apr 26, 2008

Mata Duitan?

Ermmm..aku masih berkira-kira untuk melaksanakan visi aku satu lagi. Macam pelik tetapi tiada yang mustahil bagi aku selagi tidak diusahakan. Yang penting semangat tinggi dan kepala mesti ligat untuk memikirkan apa yang dirancang dalam kepala hotak. Ruang dan peluang perlu direbut. Pedulikan kata-kata negatif yang boleh meruntuh dan meluntur semangat dan iltizam. Walaupun rambut semakin silver! Moga-moga impianku diredhai dan diizinkan olehNya. Insyallah...

Satu hari nanti, aku akan cuba melibatkan diri aku dan keluarga aku berkaitan dengan logo di bawah:


Cara mana aku belum fikirkan sedalam-dalamnya walau ada beberapa tatacara yang berlegar-legar dalam kepala aku. Ada pepatah yang mengatakan bahawa WANG RINGGIT bukanlah boleh dibeli bermacam-macam benda, tetapi perlu diINGAT bahawa bermacam-macam benda yang nak dibeli memerlukan WANG!

Aku tahu bahawa kekayaan dan wang ringgit bukannya satu jaminan untuk mencari KEBAHAGIAN. Bagi aku pula, apakah jenis KEBAHAGIAAN yang dicari. Di dunia atau di akhirat? Salahkah pada fikiran aku, berusaha mencari wang ringgit untuk KEBAHAGIAAN di dunia DAN akhirat? Banyak ruang yang masih boleh difikirkan dan diterokai.....

Fikir-fikirkanlah untuk kita yang bekerja MAKAN GAJI... apa akan jadi setelah berpencen atau berhenti sebelum pencen... ermmm, jenuh jugak tu. Segala perbelanjaan haruslah diseparuhkan. Cukup bersediakah kita menghadapi pencen nanti, pada hal perbelanjaan kos hidup semakin meningkat dan bertambah. Situasi ini mungkin tidak dirasai oleh orang Melayu yang telah lama melibatkan diri dalam perniagaan dan bukannya menghitung hari untuk mengadap tembok dinding bank! (Mesin ATM).

Apa-apa pun untuk melaksanakan sesuatu yang dirancang, kita memerlukan TULANG-TULANG BELAKANG yang kuat untuk terus kita berdiri teguh! Bayangkan sewaktu kita kecil2 dulu semasa ligat bermain basikal. Kita kayuh basikal, ramai pulak orang yang naik kat tempat duduk belakang. Kayuhlah sekuat mana pun, akhirnya akan lelah juga! Berbeza pula dengan basikal yang sedikit pelik daripada orang lain yang mana memberi peluang kepada penunggang di belakang mengayuh bersama. Tentunya lebih laju dan tidak terlalu lelah!

Inilah bezanya, antara kayuh-kayuh dan kayuh-mengayuh!

Kayuh-kayuh

Kayuh-mengayuh

12 Coretan Lain:

Jie on 4/28/2008 9:13 AM said...

basikal yg ade dua org pengayuh tu lebih mahal dr yg satu...erk...

Qaseh Bidadari on 4/28/2008 1:17 PM said...

duit memang bukan satu pengukur kasih sayang tp ia satu keperluan tuk kita bina kebahagiaan dunia dan akhirat!

Sharifah Hassan on 4/28/2008 3:31 PM said...

Salam,

Bergantung juga pada siapa yang nak mengayuh basikal tu...Dan adakah sekadar nak berbasikal pusing kampung atau nak menuju ke destinasi?

Boleh tak dua tayar tu menampung berat 2 pengayuh. Kang meletup tayar...dah masuk parit!

CikguZue on 4/29/2008 1:18 AM said...

tak salah nak cari rezeki lebih...yang salah, bila lupa dunia dan lupa akhirat....lagi2 kalau lupa anak isteri...
atau, lupa belanja kawan2 bloggers...hehehe

azlanlin on 4/30/2008 12:39 AM said...

To Jie:

basikal yg ade dua org pengayuh tu lebih mahal dr yg satu...erk...

Mahal dr segi apa yek? Gheganya ke? Nilai estetikanya ke? ...Yang pastinya rupa basikal dua org pengayuh, jarang-jarang ada di kedai basikal kan?

azlanlin on 4/30/2008 12:42 AM said...

To Mamaranggie:

duit memang bukan satu pengukur

Betul juga kata mamaranggie tu, cuma takutkan duit pula yang mengukur kita.. bahayakan? Maka...bergantung cara kita mewarnai hidup dan kehidupan sekeliling kita..kan?

azlanlin on 4/30/2008 12:48 AM said...

To Sharifah Hassan:

Bergantung juga pada siapa yang nak mengayuh basikal tu

Ye ke cenggitu? Kekadang cara mengayuh oleh penunggang pun boleh jadi jugak kan?

Boleh tak dua tayar tu menampung berat 2 pengayuh. Kang meletup tayar...dah masuk parit!

Empunya basikal, tentunya melihat saiz penunggangnya...takkan main tangkap muat je utk mengayuh... rantai, pedal, skru dah diketatkan. Tayar juga dah dipam. Kalu masuk parit juga tentu ada sebabnya...kan?

azlanlin on 4/30/2008 12:50 AM said...

To Cikgu Zue:

lagi2 kalau lupa anak isteri...
atau, lupa belanja kawan2 bloggers...hehehe


...itu memang silap kan?

echah_syed on 4/30/2008 4:30 PM said...

serius nar cikgu kita reply msj...uishh takut laa :(

mesti terbawa2 cara mengajo student kat sekolah..

lex arr bro !


~ marah ker?? kang kena juai kat kedai besi buruk ..
~ larikkss..

azlanlin on 5/01/2008 1:38 PM said...

To Combi:

serius nar cikgu kita reply msj...uishh takut laa :(

mesti terbawa2 cara mengajo student kat sekolah..

lex arr bro !


kompius...kompius.. katner yg seriusnya Combiku?

Tirai Hidup on 5/01/2008 5:17 PM said...

aku nak masuk komen jugak lan..
aku nak habarq kat hang yang aku rindu nak gaduh dgn hang lan!!
Jom kita kelahi nak?? kelahi dalam ym kelahi dalam blog dan kelahi dalm sms!!!kahkahkah..

Tirai Hidup on 5/01/2008 5:18 PM said...

hang makin hari makin hensem aku nampak kahkahkah!!
mem besarqq hang pun makin hari makin mengancam nyawa..kuikuikui..
ni ni aku cari pasal dgn hang ni..hahhahha!!!

 

Blog Archive

About Me :

My photo

i'm everywere
Email : azlanlinn@yahoo.com

E-Journal

Pendidikan ::

* Bahagian Tajaan - Blog
* Bahagian Tajaan - Rasmi
* MPM
* KPM
* Kemudahan OKU
*

target="_blank"

Text

Klik Banner

Warna-warni Kehidupan Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template