Mar 4, 2008

Lenggok kita @ kita berlenggok

Hari ini blog aku dikunjungi sahabat baru yang dikategorikan sentiasa berfikiran positif! Nice meet u, Leon. Penerokaan aku diblognya amat menarik entri yang dipaparkan. Kebanyakannya, ada cerita di sebalik ceritera. Aku mohon kebenarannya di sini untuk mengambil entri diblognya untuk dimasukkan ke dalam blog aku. Dah ambil dulu baru cakap...boleh ke camtu Leon? Perkongsian ilmu....

=======================================

Fikir-fikir untuk berfikir


Maryam, guru kelas Tadika menganjurkan satu permainan yang sungguh menarik untuk murid-muridnya.Setiap murid diminta membawa beg plastik yang berisi pisang yang tertulis nama orang yang paling mereka benci ke kelas pada esok hari. Jadi, jumlah pisang yang perlu dibawa bergantung kepada jumlah orang yang dibenci. Keesokan harinya, setiap murid membawa beg plastik berisi pisang masing-masing.

Ada yang membawa tiga biji, ada juga lima biji dan paling banyak lapan biji. Semuanya sudah ditulis nama orang yang paling mereka benci. "Sekarang simpan pisang tu. Jangan lupa bawa ke mana sahaja kamu pergi selama seminggu. Inilah permainannya. Selepas seminggu, kita akan tahu keputusannya" beritahu Cikgu Maryam.Kanak-kanak tersebut menyimpan pisang masing-masing di dalam beg.

Hari demi hari berlalu, pisang tersebut mula berbintik-bintik dan akhirnya menjadi busuk. Kanak-kanak itu mula merungutdan marah. Mereka tidak menyukai permainan itu lagi kerana selain beg berat, badan berbau busuk. Ada yang menangis, enggan meneruskan permainan.Seminggu berlalu, pagi-pagi lagi murid-murid Maryam sudah bersorak. Permainan sudah tamat. Tidak ada lagi beban dan bau busuk yang perlu dibawa."Okey semua, apa rasanya bawa pisang dalam beg ke sana ke mari selama seminggu?" tanya Cikgu Mayam.

Semuanya serentak mengatakan mereka benci permainan itu. Mereka hilang kawan, sering diejek dan terpinggir. Lebih teruk lagi, terpaksa tidur, makan, mandi, bermain dan menonton TV dengan bau busuk."Itulah sebenarnya yang berlaku kalau kita simpan perasaan benci pada orang lain dalam hati. Bau busuk kebencian itu akan mencemari hati dan kita akan membawanya ke mana saja kita pergi. Jika kamu sendiri tidak boleh tahan dengan bau pisang busuk hanya untuk seminggu, cuba bayangkan apa akan jadi kalau kamu simpan kebencian sepanjang hidup kamu" beritahu Cikgu Maryam.

Penerapan sedari kecil

Maryam mengingatkan anak muridnya supaya membuang jauh-jauh perasaan benci daripada membebani hidup. Kemaafan adalah yang terbaik. Menyayangi lebih baik darpada membenci..!!

Komen DakLan:

DakLan suka statement Cikgu Maryam:


membuang jauh-jauh perasaan benci daripada membebani hidup. Kemaafan adalah yang terbaik. Menyayangi lebih baik darpada membenci..!! Inikah lenggok kita atau kita yang mampu berlenggok?


8 Coretan Lain:

Yaya on 3/05/2008 2:48 PM said...

hehe sy tak suka benci membenci nih
lebih suka lagi syg menyayangi...

Qaseh Bidadari on 3/05/2008 4:02 PM said...

memang kena betul n3 dgn n3 terbaru mama...

biarlah org benci,jgn kite benci org...

Idham on 3/05/2008 8:29 PM said...

memang memberi pengajaran betul cerita nih. tapi saya risau belum sempat 5 hari budak tu dah makan pisang tu! ini lagi bahaya makan org yg kita benci.
Cabai Burung

^aNgRiAni^ on 3/07/2008 2:22 PM said...

best citer ni...bermotivasi toiii...tapi kan en. Lan kdg2 keadaan yg memaksa perasaan benci-menci itu wujud. Setakat ni riani tak penah lg bencimenci kat owang...selalu mempeingatkan diri sendiri...kalau riani benci kat seseorang, agaknyer owang tue 10 kali lg benci kat riani...nice n3 en. Lan...ala motivator...

p/s: gelak smpi tersungkur baca komen Cabai Burung...adeiii...huhuhuhu...

azlanlin on 3/08/2008 3:30 PM said...

To Aleeya:

Perasaan benci-membenci dan sayang-menyayangi adalah fitrah manusia...bergantung pada kita utk menentukan perasaan kita...fikir-fkirkan jalan yang terbaik...x gitu Aleeya?

azlanlin on 3/08/2008 3:33 PM said...

To Mamaranggi:

Orang membenci kita, tentu ada sesuatu sebab pada fikiran diaorang..usah kita membalas dengan sifat kebencian juga nanti parah jadinya....hehheheh

azlanlin on 3/08/2008 3:34 PM said...

To Idham:

DakLan belum penah nengok, orang makan orang... melainkan orang makan orang-orang je ler....hehehheh

azlanlin on 3/08/2008 3:36 PM said...

To Angriani:

Membenci sifat yang keterlaluan sebenarnya. Hakikatnya, bukannya kita benci pada orangnya, cuma kita "geram" kat sifat dan tindakan orang tu jer... maka, kita masih berpeluang menyayangi orang itu utk membaiki sifat dan tindakan orang itu agar kearah kebaikan.... x gitu Angriani?

 

Blog Archive

About Me :

My photo

i'm everywere
Email : azlanlinn@yahoo.com

E-Journal

Pendidikan ::

* Bahagian Tajaan - Blog
* Bahagian Tajaan - Rasmi
* MPM
* KPM
* Kemudahan OKU
*

target="_blank"

Text

Klik Banner

Warna-warni Kehidupan Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template