Mar 30, 2008

Baca Minda...

Harian Metro:

KEBOLEHANNYA memang menarik kerana mampu meneka umur dan tarikh lahir seseorang itu secara tepat hanya dengan memerhati gerakan anak mata orang berkenaan.

Dia juga mampu meneka dengan tepat nombor, warna, perkataan atau simbol yang dipilih seseorang itu. Lebih menarik, dia mampu membengkokkan sudu menggunakan kuasa psikokinetik.

Menggelarkan dirinya pembaca minda atau mentalist, Awangku Khairil Awangku Shamsuddin, 30, sudah enam tahun berkecimpung dalam salah satu cabang silap mata berdasarkan minatnya yang mendalam.

Dia yang membawa nama CK dalam bidangnya berkata, ada sesetengah orang mengaitkan kebolehan itu dengan ilmu sihir tetapi ia sebenarnya cuma satu kemahiran yang boleh didapati jika rajin berlatih.

Katanya, dia banyak mempelajari teknik membaca minda seseorang itu melalui buku serta kursus yang disediakan dalam format cakera video digital (DVD) selain perbincangan melalui e-mel dengan tokoh mentalist dunia seperti Gerry MacCambridge dan Banachek.


“Saya ambil masa lebih setahun untuk memahirkan diri dengan ilmu membaca minda ini. Kini saya sudah mengadakan persembahan di merata tempat termasuk Brunei dan Singapura.

“Selalunya saya buat persembahan di tempat tertutup seperti di dewan hotel atau di institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta kerana di situ lebih ramai yang berminat untuk menonton persembahan sebegini,” katanya.

Awangku Khairil mengakui dia mampu membaca minda seseorang menggunakan kad, buku, daun terup atau sebarang objek di sekelilingnya.

Pemegang Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial dari Universiti Kebangsaan Malaysia itu berkata, persembahan mentalist masih baru di negara ini dan tidak diketahui orang ramai berbanding persembahan silap mata.

“Perbezaan persembahan mentalist dengan silap mata adalah lebih banyak interaksi serta kerjasama daripada penonton berlaku. Mentalist dan penonton juga berada dalam jarak lebih dekat,” katanya.

Dia berkata, dalam usaha memahirkan diri sebagai pembaca minda, seseorang itu perlu mempunyai fokus, latihan dan kreatif dalam mencipta serta mempelbagaikan teknik serta kaedah membaca minda.

Kata Awangku Khairil yang juga seorang kakitangan di sebuah IPT tempatan, minatnya menceburi bidang itu timbul selepas menonton satu program berkaitan pembacaan minda di televisyen selain gemar melihat reaksi orang ramai.

“Setakat ini saya sudah mencipta kira-kira 142 jenis mentalism tidak termasuk 217 jenis yang saya pelajari sebelum itu.

“Saya mahu memperkenalkan bidang ini yang mampu menjadi hobi menarik kepada mereka yang berminat,” katanya.

Dia mendakwa mampu membaca pemikiran seseorang itu hingga menyebabkannya berasa gerun untuk ke tempat sesak seperti pusat beli-belah atau menaiki transit aliran ringan.

Profil

Nama: Awangku Khairil Awangku Shamsuddin

Usia: 30 tahun

Asal: Mukah, Sarawak

Latar belakang pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial, Universiti Kebangsaan Malaysia

Kerjaya: Eksekutif Kebudayaan dan Kesenian, Kolej Universiti Antarabangsa Twintech Teknologi, Bangi, Selangor.

Pembaca minda (mentalist) sejak enam tahun lalu

4 Coretan Lain:

silversarina on 3/30/2008 7:11 PM said...

salam perkenalan,

Selama ni memang saya ingat ada berkait dengan ilmu sihir... adakalanya ia adalah hasil dari akhlak mulia yang dipunyai oleh pembaca minda, seperti sesetengah ulama yang memang dapat membaca minda dan perlakuan manusia ...

semoga saudara Awangku Khairil akan terus menggunakan kemahiran luar biasa ini demi kebaikan bersama, InsyaAllah.

Jie on 3/30/2008 7:16 PM said...

Tiap orang memang dilahirkan dengan kelebihan masing²..bergantung pada kemampuan diri sendiri untuk memaksimunkan segala anugerah untuk kebaikan atau sebaliknya.

terimakasih krn dah keluarkan sy dari filter..hehehehe...sesak napas tau...kena tapis je :p

azlanlin on 3/31/2008 12:00 AM said...

To SilverSarina:

Selalunya lagu tu la..kita mudah membuat tafsiran sendiri walaupun tidak mengetahui keadaan sebenarnya... kan yek?

azlanlin on 3/31/2008 12:02 AM said...

To Jie:

Kelebihan dan kekurangan itu adalah anugerahNya kepada kita...bergantung kepada kita untuk mengaplikasikannya dalam kehidupan...

sorry la MasterJie.. terpinjam tapis kopi kat dapur Jie tadi...hihiihih

 

Blog Archive

About Me :

My photo

i'm everywere
Email : azlanlinn@yahoo.com

E-Journal

Pendidikan ::

* Bahagian Tajaan - Blog
* Bahagian Tajaan - Rasmi
* MPM
* KPM
* Kemudahan OKU
*

target="_blank"

Text

Klik Banner

Warna-warni Kehidupan Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template