Feb 28, 2008

Hati-hati Wanita

Pabila aku layari blog Hidup Biar Sedap hari ini, aku kagumi hati seorang wanita bergelar MAMA! Jiwanya yang sensitif apabila melibatkan kemanusiaan terutamanya anak-anak... Namun, usah dilupakan bahawa si Suami di sisi kalian juga ingin bermanja! Semoga ibu-ibu terus sukses!

Cinta bukanlah daripada kata-kata tetapi segumpal keinginan
yang diberikan kepada hati yang memerlukan

1. Sensitif :

Bukan bermaksud suka merajuk, tapi hanya ingin bermanja dan mendapatkan perhatian.

2. Cerewet :
Bukan bermaksud FUSSY tak tentu hala, kadang ingin LELAKI mengikut kata-katanya sekali sekala.

3. Halus :
Ibarat sehelai sutera, cantik, mulus, lembut dan mudah tercarik dan koyak. Walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab kesalahan, biasanya WANITA akan ingat kesalahan tersebut untuk disimpan jadi pengajaran. Bukan DENDAM.

4. Ikhlas :
Ikhlas seorang wanita tak perlu diragui.

5. Korban :
WANITA sanggup berkorban apa saja untuk seseorang yang amat disayangi, termasuk ibu bapa, anak-anak dan suami. WANITA amat tabah.

6. Prihatin :
Sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam.

7. Manja :
Walaupun dia adalah seorang WANITA yang pandai berdikari, naluri seorang WANITA masih lagi tetap seorang WANITA. Suka bermanja bukan hanya kepada insan yang bernama LELAKI , namun juga sesama kaum.

8. Ego :
WANITA yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak ketepi EGOnya apabila bersemuka dengan yang dicintai.

9. Cinta :
CINTA pertama bagi wanita adalah yang paling dalam dan tulus.

10. Seks :
SEKs bukanlah segala-galanya buat WANITA kerana WANITA diciptakan dengan 9 nafsu dan satu akal. NAFSU yang banyak dan tidak tertumpu kepada satu saja. LELAKI pula dijadikan dengan 9 akal dan satu nafsu. Fungsi lelaki adalah membimbing WANITA dan bukan menghanyutkannya.

Pesan Nenek Aku:
Lelaki yang berada di samping wanita, kenalilah mereka bahawa KUASA KATA-KATA sang suami mampu menjadi penyandar dan kekuatan bagi mereka dalam mengawal emosi. Yakinkanlah mereka bahawa apa jua emosi yang mereka lalui adalah benar kerana itulah WANITA!. Hanya lelaki tempat mereka menumpang teduh dan meluah emosi... sedarlah wahai lelaki... KUASA KATA-KATA POSITIF mampu menjana KELUARGA yang cemerlang dan terbilang... begitulah SEBALIKNYA!. Kekadang, lelaki lebih gemar DIAM MEMBISU SERIBU BAHASA dalam memberi respon terhadap luahan emosi seorang yang bernama WANITA! Oleh itu, bimbinglah mereka ke arah yang anda inginkan khususnya ke jalan yang diredhai olehNya! Tegas dalam lembut ....tindakan Sang Lelaki yang amat didambakan oleh sang WANITA. Bukannya TEGAS DALAM KERAS......pastinya jiwa mereka akan PATAH & REMUK!

Wallahualam...


16 Coretan Lain:

Yaya on 2/28/2008 8:44 PM said...

ade yg betoi ..ade yg tak..hehe

azlanlin on 2/28/2008 9:12 PM said...

yang betoi tu apa dan yang tak betoi tu pulak apa? meh le kita panjang-panjangkan agar orang sekeliling dapat manfaatnya.. boleh gitu aleeya?

Jie on 2/29/2008 12:18 AM said...
This comment has been removed by the author.
echah_syed on 2/29/2008 7:18 PM said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Pasangan yg bahagia ialah bila pasangan anda benarkan anda bermain yahoo messenger dan bebas berintraksi dgn lelaki/pompuan lain dalam internet!Bukan begitu??Pasangan suami atau isteri ini selalunya berbeza bab internet kerana salah seorang tidak berminat dan seorang lagi masuk hantu!Kalaulah pasangan anda masuk baca dan lihat gelagat anda di internet rasanya mahu 'perang'jika dia tak spoting!
Bila suami lihat si isteri bebas memanggil lelaki lain 'abang'sana sini dan begitu juga jika seorang isteri masuk baca mesej suaminya semasa berym atau berblog dengan ayat jiwang mahu je dia hamok!Jadi bertuah la jika suami atau isteri dapat sorokkan semua mesej mesej merapu dari pasangan anda!Ataupun pasangan anda sendiri jika ditanya tentu tidak setuju dgn perangai anda di internet jika dia dapat baca dan nilai!Melainkan macam Junaidix dan carney pasangan yg sama minat internet!Pasangan anda juka pasti tidak setuju jika dapat tahu buruknya perangai anda macam 'mami jarum'di dunia bloggers ini!Berlagak macam andalah pasangan bahagia..kalau betul bahagia ajak pasangan anda duduk sebelah dan baca semua mesej anda?Main sorok sorok dan terpaksa delete semua 'history'risau pasangan atau anak muda anda baca apa url,shouts dll yg anda masuk?Kenapa jadi begitu?Jadi mengaku sajalah anda masih main curi curi dan masuk berintraksi dgn 'lelaki/pompuan lain dalam internet ni???Kalau betul bahagia keseronokan bersama pasangan dah dapat menarik diri anda dari terus mengadap komputer macam orang ketagih!Sudahlah jika rasa bahagia dengan pasangan anda lebih baik hentikan tambah dosa menyakiti bloggers lain dalam internet!Buat malu orang Melayu saja!

Anonymous said...

Ingatlah pembaca lain juga dapat membaca dan menilai diri anda,sikap anda melalui pedasnya jari anda bermain dengan kata kata!Anda dah rasa cukup bagus ke bila masuk hentam orang sana sini?Celuparnya perkataan konon nak baiki orang sedangkan makin terserlah kebiadapan dan melalui perkataan dan bait kata kata anda orang dah dapat mengandaikan diri anda memang 'kaki gaduh' dan sukakan 'gossip'yang belum ada hujung pangkal dan kebenarannya!Sikap anda yg celupar,kuat megorek rahsia rumahtangga orang dan suka mendedahkan keburukan orang lain makin terserlah!Ampun makkk!!!
Lainlah jika anda sememangnya muncul dengan imej kelakar!Sedarlah wahai kawan anda sedang dinilai kerana anda sentiasa muncul sebagai imej mami jarum...berhati hati silap hari bulan anda juga 'down'akibat perkataan anda sendiri!Sekadar mengingatkan...

Leon on 3/04/2008 11:51 AM said...

Saya sokong apa yang Anon diatas cakap, macam kawan saya seorang itu. Sekarang dia keseorangan kerana tiada sesiapa yang ingin berkawan kerana orang sudah melihat dirinya yang sentiasa mengaku diseluruh alam, akulah yang baik, aku tak cakap belakang, aku jenis bergurau, aku jenis berterus terang, aku pekerja terbaik, aku setia dah semua yang baik2 itu akulah.

Mungkin kawan saya itu belum terfikir, itu pun balasan Allah juga. Dia cerdik dan mempunyai kemampuan untuk menilai peribadi orang dengan telus sehingga dia gagal mendongak pada diri sendiri.

p/s anon ini mempunyai akaun msjbox rupanya.

azlanlin on 3/04/2008 2:17 PM said...

To Jie:

Terimakasih atas perkongsian maklumat yang amat berguna utk semua pengujung blog saya. Yang baik itu drpNya, dan yang kurang 'manis' itu drp kita sendiri. TQ Jie...

azlanlin on 3/04/2008 2:18 PM said...

To Combi:
Tuai...jgn tak tuai...kan Combi?

azlanlin on 3/04/2008 2:24 PM said...

To Anonymous 1 & 2:

Terimakasih atas pdgn sdra/sdri dan kesudian menjengah di sini....

>>luahan anda sememangnya ada benarnya.. Yang penting kita mampu berkata apa yang hendak diperkatakan... dengan cara dan lenggok yang tersendiri...

>> Kebiasaannya, akan dikatakan orang lain "pelik" apabila orang lain itu melakukan sesuatu di luar norma kehidupan yang kita lalui..

>> Jarang juga kita menerima seadanya sebagaimana perbezaan karektor "orang lain" itu dengan kita... itulah KITA!

>> Rajin-rajinlah ke sini...jumpa lagi..

azlanlin on 3/04/2008 2:42 PM said...

To Leon:

Tkasih atas kesudian mengunjungi blog saya dengan meninggalkan jejak bertapak yang boleh dikesan!

Kawan..mcm2 kawan kita jumpa di sekeliling kita... Keadaan inilah yang akan mematangkan minda kita.

Biasanya, kita terbiasa dengan pencarian kawan yang bersifat homofili...(persamaan sikap dan sifat - diandaikan memahami cara dan karektor)

Tak salah juga jika kita kenal kawan yang bersifat heterofili (perbezaan sikap dan sifat)

>> Ini membuatkan kita lebih cepat matang berbanding dengan usia kita.. dalam mengendali watak dan perwatakan di sekeliling kita.

>> Bukankah kepelbagaian watak2 ini menimbulkan keceriaan warna-warni kehidupan kita?

Ada pandangan Leon?

Anonymous said...

Komen Pemerhati:

Salams,Sdra Azlan,sdra perlu bersikap adil kerana komen pedas dari combi dan kujie di atas ini telah sdra delete,macam ni boleh jadi kekeliruan pada pembaca,sebab pembaca tidak dapat membaca apa yang telah diperkatakan oleh keduanya di atas sehingga boleh komen di bawah ini ditulis?
Boleh menimbulkan fitnah macam ni!Saya setakat ingin menegur apa yang patut sahaja!
Kalau sdra rasa perlu hentikan 'cakaran' ini lebih baik delete semua komen di sini!
Terima kasih.Islam itu bersaudara!

Jie on 3/12/2008 11:22 AM said...

Kepada saudara/saudari komen pemerhati:

Saya ingin betulkan fakta disini, bahawa saya mengaku saya sendiri yang mendelete komen tersebut bukannya tuan punya blog.

Kedua, komen saya bukan pedas juga bukan tawar..saya cuma menulis kisah diri saya sendiri tanpa mengata orang lain , kisah bahagia kisah rumahtangga saya supaya menjadi panduan, tetapi komen saya dari pengalaman diri saya sendiri rupanya tidak disenangi oleh Anonymous 3/04/2008 3:10 AM & Anonymous 3/04/2008 3:26 AM . Rupanya kisah gembira,bahagia saya yang saya fikir untuk panduan dan boleh dijadikan motivasi menyebabkan orang merasa sakit hati, merasa tidak senang.

Atas sebab tidak mahu dituduh riak kerana memberitahu betapa bahagia dan cara2 saya membina kebahagiaan itu, saya telah mendeletenya. Saya tidak mahu rasa bahagia rasa gembira saya itu membuatkan orang lain rasa tidak bahagia walaupun saya bahagia saya itu bukan saya bina atas derita orang.

Saya telah menghantar email kepada tuan punya blog menerangkan kenapa saya membuat tindakan spt itu.

Moral of the story...ada manusia tidak suka kita bercerita tentang hal yang membahagiakan tetapi manusia akan gembira melihat derita orang lain.

Saya bertanggungjawap dengan segala komen saya dengan nick saya sendiri bukan berselindung disebalik Anonymous!

azlanlin on 3/12/2008 8:57 PM said...

To Anonymous :

terimakasiha tas pandangan sdra/sdri, dan lebih berterima kasih jika tidak menjadi "halimunan"...x gitu?

Blog saya, masing2 boleh memberi pandangan dan panduan kepada pembaca dan tuan punya blog. Saya akan lebih berbangga jika jumpa "jejak yang bertapak"... senang nak ikut... x gitu?

azlanlin on 3/12/2008 8:58 PM said...

To Jie:

Saya lebih respek pada Jie yang lebih bertanggungjawab dan bekarisma dlm menyatakan pandangan... Tkasih Jie, saya amat hargai tindakan itu...

DakLan

echah_syed on 3/12/2008 9:34 PM said...

kpd pemerhati >>
sesungguhnyer anda lagi tidak adil kerana membuat tuduhan membuta tuli..ada tidak membaca apa2 yang saya tulis..bagaimana anda membuat kesimpulan begitu???

jangan ingin menjadi jaguh kalo tidak tahu hujung pangkal..plzzz laa :(

kpd anony >>

jgn tunjuk berani bersembunyi disebalik bayang2 sendiri( lontar batu sembunyi tgn )..masih ade lelaki/pompuan melayu terakhir rupanyer hokhokhok **gelak guling2**

~ masih ade yg berbahagia ketawa ria diatas kelukaan hati serta punahnyer kasih syg org lain..

 

Blog Archive

About Me :

My photo

i'm everywere
Email : azlanlinn@yahoo.com

E-Journal

Pendidikan ::

* Bahagian Tajaan - Blog
* Bahagian Tajaan - Rasmi
* MPM
* KPM
* Kemudahan OKU
*

target="_blank"

Text

Klik Banner

Warna-warni Kehidupan Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template