Jan 11, 2008

Terujanya aku....

:: Gambar Hiasan : :
Mana pi IC aku?


Alhamdulillah, selesai bergegas amik Amir dari sekolah agama petang, kelam kabut aku ke Balai Polis Kluang pula untuk buat repot! Maklum le, di awal persekolahan anak-anak ni, byk memerlukan salinan kad pengenalan ibu/bapa/penjaga. Sebelum ni, surat beranak anak-anak, ic aku, mem - semuanya dah di'scan' dan simpan dalam laptop. Senang gitu, jika nak benda-benda tu, print aje...Sayangnya, terdelete semasa aku format dan buang data-data yang tak dipakai lagi. Maka, tersilap la aku.....

Sayangnya, minggu ni, selepas dikejan dek mem besar untuk selesaikan urusan SMM Amirul, terkalut-kalut aku mencari IC aku. Mana la pulak perginya. Maklum le, IC ni sesekali je pakai. Masalahnya bila tiba time nak pakai, aku terkantoi!

Masuk je ke BalaiPolis, aku menceritakan bahawa kehilangan IC atas kecuaian aku. Rupa-rupanya, jika IC je yang hilang (tak termasuk lesen, dan sebagainya), tak perlu lagi buat repot mcm dulu-dulu (maklumle sepanjang aku memegang IC, ini kali ke3 - aku kehilangannya!). Selalunya, bab2 ni mem besar aku akan peringatkan ! TQ mem! Akhirnya, pegawai polis yang bertugas, memberi cadangan aku terus je ke Pejabat Pendaftaran utk buat IC baru.

Jam pulak menunjukkan pukul 4.15 petang. Berdezup la aku ke Bangunan Persekutuan Kluang pulak. Line macam clear, aku bertanyakan pada salah sorang pegawai yang ada kat kaunter.

"Dah berapa kali hilang ni encik?" tanya pegawai tu

"Ermmm, kalu tak silap saya, ini baru kali ke3 encik", balas aku.

"Baiklah, biasanya...RM300.00. Encik tekan butang 7 untuk ambil nombor. ", sambung pegawai tu.

Walaaaamakkkk... mana ada aku sedia duit byk tu! Maklum le, cadangnya aku nak tanya dulu, berapa bayaran yang perlu aku lunaskan. Rupa-rupanya, mak aaaiiii...RM300.00! Mana ada aku sediakan...hehehheh.

Aku nekad untuk ambil nombor. Tak kira apa nak jadi, jadi ler...Sempat la aku duduk ngan Amir kat kerusi menunggu. Dalam 2 minit jer, nombor kat tangan aku "naik" macam nombor yang dipanggil. Aku mengadap perlahan-lahan [egawai bertugas dengan sopan abis. Maklum le dah buat salah....hehhehe

Pegawai tu check no IC aku kat komputer....

"Encik, IC encik dah hilang kali ke3. Bayarannya ialah RM300.00" kata pegawai yang bertugas sambil matanya memandang komputer.

" Ermm... puan, saya faham bahawa saya perlu membuat bayaran sebanyak RM300.00. Tapi Puan, saya ni salah seorang warga O.K.U. Macam mana pulak ni Puan?, tanya aku sambil pamerkan muka sedih..maklum le nak minta belas kasihan... hhuhuuhu...

Pegawai tu terus je memadang muka aku dan memerhati aku apabila aku sebutkan aku ni OKU!
Tentunya tergerak jugak kat hati pegawai tu, apa la mamat ni OKU pulak, ye ke? Tentu punya dia ingat macam tu...

"Encik, ada kad pengenalan OKU?" tanya pegawai tu sambil memandang aku macam ingat aku kaki kencing je gayanya.....

Aku hulurkan kad pengenalan 2 aku. Dia macam tak percaya juga. Tapi ada benarnya, dia nakkan kebenaran. Pegawai tu siap belek depan dan belakang kad aku. Akhirnya, dia memandang muka aku.

"Errmmmm.... encik isi borang untuk rayuan supaya dapat pengecualian bayaran. Kemudian, photostat Kad OKU depan dan belakang. Nanti encik datang sini semula.

"Terima kasih puan. Oooo..nak kena photostat ya Puan?. Nanti saya datang semula ya puan", balas aku dengan menguntumkan senyuman paling manis kepada pegawai tu. Maklum le aku ni OKU!

Alhamdulillah, selesai la sudah. Akhirnya dapat juga kad pengenalan sementara dan akan dapat yang original dalam tempoh 2 minggu lagi. Yang pastinya, alamat di IC baru aku nanti masih kekal alamat kampung aku. Belum nak tergerak hati untuk tukarkan alamat rumah di Johor!

Moral:
Usah le malu nak ngaku OKU kalu kita dah sememangnya OKU. Dan yang membezakan OKU dengan yang bukan OKU adalah kad pengenalan OKU. Maka, sesiapa yang berfikir bahawa anda adalah layak sebagai warga OKU, daftarlah segera...usah malu-malu kerana banyak benefit untuk OKU ni... Aku memang OKU!

27 Coretan Lain:

Anonymous said...

"Pegawai tu terus je memadang muka aku dan memerhati aku apabila aku sebutkan aku ni OKU!
Tentunya tergerak jugak kat hati pegawai tu, apa la mamat ni OKU pulak, ye ke? Tentu punya dia ingat macam tu..."

haha... ada gak orang yg mempersoalkan taraf oku. w/b pun terlepas gak dari membayar 300.

Sokong le rakan2 anda yg sedang berjuang mencapai 50 gold di korat

echah_syed on 1/11/2008 9:44 PM said...

daklan buat lawak mr bean tol..mesti buat muka seposen kt pegawai tu ekk.. :p

combi pernah cicir ic mase kt labuan..mayb tercicir kt kaunter tiket feri..

dah sampai kk baru prasan ic xde..kol dorang syarikat td tp dorang ckp x jumpa ic sape pun..

panik gak la gi buat repot bagai..penat laa :(

pasni janji xnak kasi cicir lagik :D

Anonymous said...

masih memiliki kad pengenalan biru umur 12 tahun, kad pengenalan plastik umur 21 tahun dan my card umur 32 tahun....tak penah bayar sesen pun:)

aku..OK...u!

Anonymous said...

OKU? saya konpius..adakah memang encek azlan ni OKU..adeh pening

arsaili on 1/12/2008 11:12 PM said...

salam..besnya..biasa kena beratur panjang..mak aih sampai 3 kali ilang..ummm...lain kali simpan dlm peti besi ..ekekeke...psttt baca update kat my blog..dh update pasal pakngah

aQQim on 1/13/2008 4:37 AM said...

banyak sgt pikiaq tue, lupa menda2 kecik :) mujuq kad OKU tak ilang hehe

Anonymous said...

Pegawai tu terus je memadang muka aku dan memerhati aku apabila aku sebutkan aku ni OKU!
Diperhatikan lagi dari atas sampai kebawah. Tak nampak lagi kat mana ciri2 yang boleh dikatakan OKU. Tiba2 terus je puan pegawai tu senyum2....

p/s:lain kali bagitau siang2 yang "saya ni dah ada anak tiga", barulah puan pegawai tu tak jadi nak senyum...

intansabreena on 1/13/2008 4:13 PM said...

dah 3 kali hilang IC? Kira byk kali juga tu. Ikutlah nasihat arsaili...simpan IC dlm peti besi..Sure tak hilang..hehehe. Jgn mare..

PakTeh on 1/14/2008 1:12 AM said...

alhamdulillah, dapat pengecualian bayaran denda hilang. tapi kena hati2 takut2 terhilang lagi. kalau kali ke-4, kira hebat tu.

Unknown on 1/14/2008 5:19 AM said...

Uiks... sampai tiga kali hilang. Ni nak kena rotan nih... sabo je aku. Betul cakap Arsaili... line clear... Memang siap dua minggu ke MyKad tu? OD ada baca, siap dalam masa dua jam. Dua minggu kalu, payahlah OD.

Qaseh Bidadari on 1/14/2008 9:13 AM said...

OKU?x per lah,x yah bayar denda...

azlanlin on 1/14/2008 2:01 PM said...

To Raszana:

:: DakLan sentiasa menimbulkan persoalan-persolan luarjangka dengan persepsi tersendiri di minda orang sekeliling daklan...itu membuatkan hidup ini akan menjadi lebih warna-warni! Akhir orang disekeliling harus menerima hakikat bahawa persoalan-persoalan itu sebenarnya adalah benar dan tidak boleh didangkal lagi.

:: Daklan juga seronok dan puas apabila melihat orang disekeliling daklan sentiasa berfikir-fikir. Ini kerana daklan bukanlah orang yang suka "menyuap maklumat" secara direct!

:: Berfikir, berfikir dan terus berfikir...hingga uban penuh di kepala...hehehhe...mcm daklan sendiri....

:: Apa pdgn raszana ttg tindakan daklan ni? Boleh gitu ke?

azlanlin on 1/14/2008 2:20 PM said...

To Combi:

:: Sian combi krn ilang ic. jenuh @ penat ke utk lakukan apa yg terbaik utk diri kita?

:: Cicir? kita bleh jangka ke apa yg kita lakukan boleh cicir dlm meniti kehidupan kita?

:: Kekadang, kita juga mesti "alert" dengan situasi2 luarjangka di sekeliling. Kita juga sentiasa bersedia dgn tindakan-tindakan alternatif utk hadapi masalah yg datang secara tiba-tiba...USAH MENGGELABAH!...pompuan...memang gitu..hehehheh...x gitu combi?

azlanlin on 1/14/2008 2:22 PM said...

To Astro:

Ko memang le x penah kena denda...sbb ko "kena" ganti! heheehehhe...kalu x dganti ngan mycard, ko yg kena denda... nanti la...

fuh...fuh..fuh... ilang le IC ko..baru le ko tahu kena denda ke idak! hehehhehhe fuh..fuh..fuh..ilang le ic astro!

azlanlin on 1/14/2008 2:26 PM said...

To CikScarlet:

Apa ygnak kompius nyer? Sebenarnya, kompius ni datang daripada persepsi terbalik. Sebab, apa yg kita fikirkan x sama dengan apa yg kita nampak! Don't judge a person bye the car!

:: Biasanya, kehidupan org OKU adalah berkerusi roda, cacat pada fizikal yg dpt dilihat oleh mata kita sendiri...bagaimana pula dengan daklan yg keOKUannya kurang jelas untuk dilihat dan dinilai... maklum le, "terlebih" dua inci...hehehhe...

Jgn penin2 scarlet! Fikir-fikirkan!

azlanlin on 1/14/2008 2:28 PM said...

To Arsaili:

Itu le beshhhnya jadi OKU! Ramai orang yg makin sayang kat kita...hehheheheh, xyah beratur panjang-panjang!

Nak OKU juga ke?

azlanlin on 1/14/2008 2:29 PM said...

To Cikgu Akim:

Apa la yg dipikiagnya tue? Nampak gayanya nak ikut jejak PakNgah agaknya, beruban penuh..hehheh

::Uban juga lambang keINTELEKTUALan tueee! Tunggu..!

azlanlin on 1/14/2008 2:31 PM said...

To CTnurani::

Bagus juga dia senyum-senyum kerana dia faham...ttp betul ke dia betul-betul paham? Entah2 saja senyum2 kambing je kot?

:: Sukan senyuman CTnurani!

azlanlin on 1/14/2008 2:33 PM said...

To Intan:

Tak salah juga jika disimpan dlm peti besi...gamaknya, dengan tuan ic pun kena masukkan dalam almari besi juga!

azlanlin on 1/14/2008 2:35 PM said...

To PakTeh:

Sepanjang pegang ic ni...dah tiga kali tau!

1. di zaman Maktab dulu...
2. 4 thn lepas
3. minggu lepas
4. ? sentiasa bersedia dgn keadaan2 tu!
5. Jgn kad OKu pun ilang udah lerrr!
6. hehehhehehe..

azlanlin on 1/14/2008 2:37 PM said...

To OD:

Apa pulak yg OD nak susah ati kalu 2 minggu?

To Mamaranggi:

Hulurkan bantuan yg ikhlas pad warga OKU..bukannya bantuan kerana simpati!

Anonymous said...

Cit...

tak baik tau doa IC hilang....saya OK...u bukan OKU so mana ada duit nak layang free kat JPN...tapi kalo boleh pinjam kat OKU u tu boleh ganti gambor gaban sikit!!!

Amik peluang bila berpeluang!!!

echah_syed on 1/15/2008 12:46 PM said...

maner ade pompuan cm gitu?? ni marah ni..mai sini nk cubit sket !!

antara combi ngn huby..kalo situasi cm gini dia yg slalu panik tauu..kita cool jer (tp dlm ati tuhan jer tau..)

daklan..org yg panik & kelam kabut selalu terlanggar tunggul..hehehe.ngaper???

sbb huby slalu langgar bucu katil smpi combi tutup ngn selotape!! :p

cian dia kan !!

azlanlin on 1/15/2008 1:31 PM said...

To Astro:

Tu bukan doa le...tapi jampi...siap tiup2 lagi...hehehhee

:: Jaga le bebaik IC tu...nanti kalu time nak pakai,xde pulak..susah nanti! ngeh..ngeh..ngeh

azlanlin on 1/15/2008 1:35 PM said...

To Combi:

Perihal menggelabah "bewak" (bahasa kengkawan daklan) tu...ada pada semua orang..tak kira lelaki ke perempuan.

:: Ianya sekadar tahap pengawalan dan menyimpan dlm diri daripada terpamer je..yg membezakan kita dan mereka..

:: Terlanggar bucu katil tu.... hehheheheheh...rasanya sebab 'lembut lutut' gamaknya kut!...maklum le, "combi" punya pukulan le katakan!...x gitu budin?

>>>> larrrriiikkkkk <<<<<

Anonymous said...

Salam,

ooopss..typo error, "kat" ~ kad...

kalu boleh kasi pinjam kad OKU tu, boleh le hilang selalu!!

Tapi setakat jampi tapi tak calit-calit, no problem!

Anonymous said...

Cadangan Untuk DakLan:

Gantung IC kat leher, macam DakLan selalu buat masa belajar kat ippm tu, gantung kad matrik. He he he. Jgn gantung leher udah le ...

 

Blog Archive

About Me :

My photo

i'm everywere
Email : azlanlinn@yahoo.com

E-Journal

Pendidikan ::

* Bahagian Tajaan - Blog
* Bahagian Tajaan - Rasmi
* MPM
* KPM
* Kemudahan OKU
*

target="_blank"

Text

Klik Banner

Warna-warni Kehidupan Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template