Jan 19, 2008

Kembali semula....

Jam 11.30 pagi aku sefamili mula bergerak ke Muar. Aku melalui YongPeng, Sri Medan dan terus ke Muar. Tujuannya, aku akan menemui Najib yang menjumpai HP aku. Berdebar-debar juga rasanya dengan kemungkinan-kemungkinan yang berlaku. Aku memandu secara bersantai saja... xde nak pecut2 macam selalu.

Dalam perjalanan ke Muar, aku ternampak signboard Parit Jawa. Kepala aku mula teringat akan kedai Asam Pedas Parit Jawa. Perut juga mula mengeluarkan bunyi keroncong. Anak-anak asyik dengan vcd Doraemon dalam kereta. Aku mula ngajak mem besar untuk 'merasa asam pedas' Parit Jawa. Kebetulan juga aku sememangnya perlu berjumpa dengan Cikgu DinKaya (member sekuliah di IPPM dulu)

Aku terus membelok dan menghala ke Parit Jawa. Apabila melintas pekan Parit Jawa, aku mula memerhati arah kawasan perumahan untuk ke rumah DinKaya. Aku meneruskan perjalanan untuk mencari Medan Selera Asam Pedas Parit Jawa. Aku pernah ke sini suatu ketika dulu dan memang dah tahu ada salah sebuah kedai di sana telah dilawati pihak media seperti Majalah 3 dan TV3. Cuma aku belum merasakan masakannya.




Aku singgah di Kedai Pak Yahya. Siap ada signboard lambang TV3 lagi! Hari dah lewat, lebih kurang jam 2.30 petang. Alhamdulillah, masih ada rezeki aku sefamili. Kepala Ikan Patin! Terus je order, asam pedas kepala ikan patin, nasi putih, sambal belacan dan telur dadar. Untuk minuman, anak-anak punya citarasa tersendiri....masing2 bagi order!

Setelah selesai, aku bergerak untuk mencari Dinkaya. Aku ke rumah barunya yg pernah aku pergi dulu. Nampak gayanya xde orang. Mem besar tolong tanyakan jirannya. Dapat juga aku maklumat tentang rumah ibu mertuanya. Aku bergegas ke sana. Atibanya di sana, dia sedang rehat-rehatkan diri..maklum le ada gotong royong di sekolahnya tadi pagi. Mengganggu pulak aku nih..tapi takpe sebab dah buat appoinment. Aku serahkan cd IrfanKhairi - berkaitan bisness internet yang aku pinjam dalam cuti sekolah dulu. Ilmu tu mungkin aku belum gunakan sekarang ni kut! errrmmmm...bila tu yek?



Lepas tu aku mula hubungi En Najib berkaitan HP tu. Dia minta aku ke bandar Muar jer sebab aku x berapa mahir area Bakri Batu 2. Aku pilih Bangunan Mara, Muar. Bandarnya di tepi sungai Muar...bleh gak anak-anak aku melihat area situ ditemankan mama....

Akhirnya dapat juga aku berjumpa dengan En Najib. Manis orangnya...berbeza sungguh dengan aku..Brutal! Berborak la jugak aku dengan dia. Nak tau la jugak...mcm mana aku boleh cuai sampai camtu sekali...akhirnya, tahu le aku. Aku dan mem besar ada ke kedai makan selepas tamatnya program di sekolah. Beli lauk utk nak makan tengah hari. Dah tak sempat nak masak... Maka di situlah HP aku terjatuh. Aku mula dapat ingat, aku ada berborak kejap ngan member yang tengah ngeteh kat situ. Nasi Ayam PJ! Tu diaaaa aihh..

Inilah kali pertama aku jumpa dengan orang En Najib tu. Baik orangnya. Peramah dan senang diajak berborak. Akhirnya, dapat juga aku tahu bahawa, dia juga sejabatan dengan aku. Mudah le sikit nak berborak....alhamdulilah... Akhirnya, beri le juga sedikit saguhati untuk anak-anak dia... itu je yang mampu tanda terimakasih atas keikhlasan dia.



Selepas itu kami ke Giant Muar. Saja nak tengok2 apa yang ada. Sekejap saja kami di sana. Aku terus ke Batu Pahat melalui Semerah, jalan lama. Di Batu Pahat, aku membelok ke Carefour. Saja nak layan-layan anak-anak. Diaorang memang jenis membelek-belek..... tak beli pun takpa. Di situ aku menjumpai sahabat lama Wak Sapari. Dia dah berhenti kerja/pencen awal. Demi tugas dan tanggungjawab, dia sambut seruan Pegawai Daerah. Ambil tanggungjawab jadi Ketua Kampung. Sempat juga berborak itu dan ini. Wak Sapari ni aku kenal sebagai Ketua Cawangan Kg Palembang.


Komitmen dia dengan jawatan tu..bukan mudah untuk ramai orang lakukannya. Aku memahami situasi tu. Maklum le, mengawal dan melayan karenah manusia bukan mudah tambahan pula keinginan dan ketidakpuasan hati orang kampung, dia berjaya tangani dengan senyuman yang paling manis. Tuturkatanya memang lembut dan bersahaja. Dia juga berjaya membuang egonya demi anak-anak buah. Maklum le...macam-mcam ada dalam menghadapi karenah orang kampung!

10 Coretan Lain:

Anonymous said...

Jenuh la...semua yang berterabur kena ada yang kutip....

Silap hari bulan....

~Tak mau sebut kat sini sebab ramai yang dah sebut dalam kepala sendiri!

azlanlin on 1/20/2008 12:11 PM said...

waaa.... apa yek yg ramai sebut dalam kepala?

echah_syed on 1/20/2008 2:06 PM said...

daklan = mawi :p

botak tu sama..jgn nak prasan emsem hg sama ngn dia ekk... :p

sbb hg emsem lagik....cecece :P

oitss hg jgn dok prasan muda belia arr..nak panggil aku mak !! cubit kang ??

~ gurau jer daklan ku ~

aQQim on 1/20/2008 2:20 PM said...

nanti akim order tali lembu dari abah, tambat kat leheaq, baru senang tak ilang lagi hehehe..

azlanlin on 1/20/2008 2:48 PM said...

To Combi:

Waaa...Combi, daklan rasa mcm muda lagi tau! Sbb tu teringin nak panggil Combi sbg 'mak'.. ellellel...marah2 tanda setuju le tu kan mak?

azlanlin on 1/20/2008 2:49 PM said...

To Cikgu Akim:

Bagus gak no...guna tali lembu utk ikat daklan pada hp...boleh ke cam tu?..hehehheh

echah_syed on 1/20/2008 5:25 PM said...

eaaaaa...bila pulak aku kawen ngn 'bapak' hg arr :p

ade pulak yg kena cubit ni tau.. :(

azlanlin on 1/20/2008 8:50 PM said...

To Combi:
eaaaaa.... oh 'ibu mertuaku'... hehehehe... haaaa..mcm mana pulak kalu jadi ibu mertua? ngeh..ngeh..ngehh

echah_syed on 1/21/2008 12:36 PM said...

daklan..anak aku lom cukup umo.. :p

kalo aku tunggu hg takut nnt x rase nak timang cucu.. :(

~ tuuu mem dok jeling dah..aku cabutttt dulu..

~ ampon mem gurau ekk ~

Tirai Hidup on 1/31/2008 9:44 PM said...

lan hang suka main kopi dak???

 

Blog Archive

About Me :

My photo

i'm everywere
Email : azlanlinn@yahoo.com

E-Journal

Pendidikan ::

* Bahagian Tajaan - Blog
* Bahagian Tajaan - Rasmi
* MPM
* KPM
* Kemudahan OKU
*

target="_blank"

Text

Klik Banner

Warna-warni Kehidupan Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template