Jan 15, 2008

Hilang lagi...

Sabtu lalu...aku tension sungguh! Banyak perkara emergency yang perlu aku selesaikan. Montaj - satu perkara yang aku tension jika pihak pengurusan nak aku buatkan montaj dalam tempoh yang singkat! Bayangkan, hari Jumaat, aku dimaklumkan majlis parenting skill akan dilaksanakan di sekolah. Kelam-kabut aku jadinya! Banyak gambar yang sesuai untuk majlis tu ... x de! Mampos aku!

Walau aku tersenyum saja untuk memenuhi permintaan tu, hati aku dah tergerak. Jenuh aku kali ni.... banyak bahan-bahan untuk montaj, ada dalam external hdisk aku yang dah terjatuh...punah! Jumaat petang, aku ke sekolah, mencari mana-mana gambar yang difikirkan sesuai. Ramai yang aku gegorkan untuk keluarkan gambar-gambar aktiviti pelajar thn 2007. Maklum le, tahun lepas aku xde di sekolah! Mcm berehat, membuncitkan perut! hehehhehehe.

Malam sabtu tu aku masih boring, sebab software nak buat montaj, aku belum install lagi. Maklum le aku baru format laptop aku! Akhirnya, jam 11.30 malam, lepas anak-anak aku dah dibuai mimpi masing-masing, mem aku ngajak aku pergi "ngeteh" sebab dia tau bila aku tengah resah atau gelabah bewak!

Lepas abis ngeteh, aku ngan mem besar selongkar semula cd aku yang lama-lama kat bilik library kecik kami di bilik tengah. Mem aku ingatkan aku bahawa aku pernah burn cd segala maknenek tentang bahan-bahan montaj lama aku sebelum aku ke kspk dulu. Alhamdulillah... jumpa! TQ mem!

Tak tidur aku malam tu hingga subuh! Mem aku tolong temankan. Kalu idak, taktau le aku... hehehhe..kompom tertidur kat depan laptop!

Pepagi lagi aku dah sms kat member aku utk sampai awal di sekolah utk setting segala skrin dan lcd! Kena standbye awal-awal sblm parent tiba! Suara dan gambar perlu jelas, baru ngam!

Alhamdulillah, semua berkaitan montaj berjalan lancar! Program juga berlangsung dengan tenang dan terkawal. Tahniah utk penyelaras program!

Sementara nak habis program tu, aku ada call member aku. Then aku masukkan hp aku ke dalam poket...seingat aku la. Bila selesai je majlis tu lebih kurang jam 12.00 tengahari, aku bergegas ke rumah. Aku banyak tugasan lain kat umah.

Tiba waktu petang, aku nak call pomen aku atas urusan tertentu.....jenuh aku mencari, tapi di mana ya? HP aku hilang pulak dah! Dalam kepala aku dah tak ingat di mana aku letakkannya!

Hari ini, aku dan member ke kedai hp, dapat juga hp lama aku semula...jeng-jeng-jeng!

Yang aku gunakan sebelum ini. Hilang jugak pada tahun lepas

Handphone yang baru hilang. Akhirnya aku mencari semula seperti hp yang lama.
Petang itu juga aku gunakan hp mem besar aku utk matikan simcard lama!

P/S : Kepada kengkawan blog...no hp korang semuanya, xde dalam simpanan! sorry yek! Bleh tolong update?

13 Coretan Lain:

Pak Ngah: on 1/16/2008 11:35 AM said...

:: salam... PakNgah pernah jugak terpandang orang gantungkan HPnya kat leher... elakkan tercicir dan hilang barangkali... cuma agakan PakNgah je le.

:: sebenarnya ada HP berjenama yang "menjerit2" kat kedai tu... sebab keseronokan yang teramat sangat... terasa akan bertuankan azlanlin tuuu..

azlanlin on 1/16/2008 1:33 PM said...

Mungkin kena gantung juga kot..takleh disimpan dalam poket. Sbb dah terbiasa disimpan dlm poket, sekali cuai...aduuuuhhhh...

:: Tapi rasanya tak perlu digantung tetapi hp sentiasa perlu mengikut di mana jua tuannya bergerak! Tuannya pulak, jangan le cuai...

:: Tak perasan la pulak ada pesen HP "menjerit2" kat kedai...

zino on 1/16/2008 2:44 PM said...

bila hilang hp ni susah jugak.. banyak maklumat yg ikut hilang.. terutama no talipon kawan2..

tapi zino buat habit .. transferkan no2 tu dalam pc.. kalau hilang ada backup..

Anonymous said...

Salam,

Sumernya HILANG...pi jumpa bomoh hilang la..tanya-tanya kut-kut ada yang teringin nak nyamar jadi Azlanlin...dapat IC dan handphone...fushhh selamat dah tu nak pusing Malaysia..tambah pula kalau kad OKU tu hilang sama!!!

Baik macam Astro..macam-macam ADA!

echah_syed on 1/16/2008 6:57 PM said...

nom combi pun ilang ker??

adehh !! kesian daklan ku..

~ buat solat tolak bala..cecece :)

azlanlin on 1/16/2008 7:19 PM said...

To Zino:
waaaa...bagus info zino nih..camne yek nak transferkan ke pc? Ada cadangan siap dengan tutorial sekali la.... boleh zino?

azlanlin on 1/16/2008 7:20 PM said...

To Astro:

Heheheheh...x juga sumernya ilang...mungkin ada hikmah yang tak diketahui tu...

Kalu ASTRO yang ilang, abis la yg macam2 ADA tu dah xde. hehehehhe..

azlanlin on 1/16/2008 7:21 PM said...

To Combi:

A'a la combi....bleh le sms kan daklan no combi semula! Boleh ke?

echah_syed on 1/17/2008 9:06 AM said...

bole aje bahh !! bereh boh.. :p

Tirai Hidup on 1/18/2008 6:22 AM said...

iss seb bek yg satu lagi tu dah azali takkan hilang kecuali tsunami....kahkahkah...
oi daklan nombot haku hang ada x???kang haku bonoh plak!!jap haku miss call sekali kalau naik nombot kedah tu haku laa...
oi combi hang puji haku sat sebb nombot banduan hang aku yg jadi penyambung kaseh hampa berdua...kahkahkah.

echah_syed on 1/18/2008 8:38 AM said...

ooooooooo hg ker lawa???

TQ naa... :)

yg jauh didekatkan..yg dekat dimesrakan lagi..x gitu daklawa ku???

Jie on 1/21/2008 11:23 AM said...

Utk Pak Ngah, tak elok digantung kat leher tu..telepon tu akan dekat dgn organ penting badan, mcm jantung, hati, usus dll....

Pak Ngah: on 1/21/2008 7:50 PM said...

Utk jie:... PakNgah pernah jugak tengok orang lelaki sangkutkan HPnya kat tali pinggang... macamana pulak tuuuu...

 

Blog Archive

About Me :

My photo

i'm everywere
Email : azlanlinn@yahoo.com

E-Journal

Pendidikan ::

* Bahagian Tajaan - Blog
* Bahagian Tajaan - Rasmi
* MPM
* KPM
* Kemudahan OKU
*

target="_blank"

Text

Klik Banner

Warna-warni Kehidupan Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template