Sep 28, 2007

Bas Loncat

Apabila kami bertiga tiba di Tol Ayer Hitam pada jam 5.00 petang, Izwan turun dan menunggu memnya datang mengambilnya. Dia pelawa juga aku utk mengikutinya untuk ke Kluang. Terima kasih je aku ucapkan. Adakah aku sukar menerima pelawaan orang? Adakah aku dah setkan dalam kepala aku untuk menaiki bas?

Yang pastinya, aku teringin nak naik bas sebagai alternatif aku untuk ke Kluang. Mungkin aku terbiasa menyusahkan diri aku sendiri untuk aku nakkan sesuatu. Tambahan pula mem aku masih di sekolah. Sesi sekolah tamat jam 5.30 petang. Aku dah bercongak-congak cara dan kaedah untuk aku sampai di Kluang. Aku nak rasa naik bas loncat di Ayer Hitam!

Bas loncat ini memberi banyak pengalaman untuk aku mengenali tentang "berani" walaupun aku ni bukannya berani sangat. Bas loncat di Pantai Remis terkenal dan masih ada lagi perkhidmatannya iaitu Blue Omnibus (betul ke ejaannnya?). Bas inilah aku selalu naik jika nak ke bandar Taiping... Ada juga kekadang aku curi-curi ke Taiping dengan kawan-kawan.

Dulu juga, aku belajar naik bas dari Beruas ke Pantai Remis ketika aku masih bersekolah di SMK Raja Shahriman. Hati aku resah juga utk balik ke kg jika hujung minggu. Maklum la, aku tak pernah naik bas dari Beruas. Aku dah berpakat dengan Bitah (adik Cikgu Tapa) yang sama bersekolah dengan aku. Bitah ni, walaupun sekampung dgn aku tetapi dia lebih awal bersekolah di sana. Maka dia lebih terer daripada aku.

Jika dari Beruas, aku akan naiki bas yang akan ke Taiping dan berhenti di Batu Hampar. Di Batu Hampar aku akan naik bas yang datang dari Pantai Remis ke Batu Hampar dan ke Pantai Remis semula. Menunggu yang macam tu yang amat aku tak tahan!. Bila tiba di Pantai Remis pula, aku akan menapak ke Batu 51. Dalam masa menapak ni aku akan singgah di beberapa kedai kegemaran aku untuk mengelakkan aku rasa bosan dan jauh. Cuma kekadang je aku naik bas ke Batu 51 apabila ada bas yang nak ke Damar Laut. Ini berlaku jika kena "time"nya.


Tapi hari ni, bila aku naik bas di Ayer Hitam, kenangan lama aku di sini menerpa semula. Seingat aku habis saja STPM, aku ikut Bangcik dan KakDah ke Batu Pahat. Ketika itu, Bangcik masih bertugas di Politeknik (Kuitho kut la ni). Di Johor, aku kerja kilang yang mana semasa aku mohon kerja kilang, Bangcik ketawakan aku sebab aku pakai "tai" dengan baju kemeja lengan pendek berjalur merah - putih. Hahaahha. Mana la aku tau dan aku pulak jenis muka "sekupang". Hahahha.

Yang menariknya, satu ketika dalam tempoh aku bekerja kilang ceramic di Batu Pahat, aku pulang ke kpg. Apabila aku ke Johor semula, menaiki bas ekspres. Dalam perjalanan, aku tertidur dan tak sedar yang aku dah terlajak. Aku tiba di Ayer Hitam pada jam 7.00 pagi, suatu pekan yang asing untuk aku. Maka aku naik le bas loncat untuk ke Batu Pahat semula. Apabila aku nak membayar tiket apabila bas mulai bergerak, "kolet" bas tu ketawakan aku. Mana le idaknya, aku dah salah naik bas! Aku naik bas menghala ke Yong Peng. Kolet bas tu memicit loceng untuk aku turun. Bila dah turun, aku tak tahu nak ke stesyen bas itu semula.

Maka, aku tunggu bas di tempat aku diturunkan. Akhirnya aku ditegur oleh seorang pakcik (Wak) yang naik basikal tua. Dia merasakan pelik pada aku kerana awal-awal pagi aku menunggu bas di tepi jalan yang sememangnya orang takkan menunggu bas di kawasan itu. Aku ceritakan le bahawa aku nak Batu Pahat dan sedang menunggu bas. Dia terus mengajak aku naik basikal tuanya dan membawa aku ke Stesyen bas Ayer Hitam semula.

Cit....rupa2nya, dekat saja tempat aku menunggu bas dengan Stesyen Bas Ayer Hitam. Lebih kurang 100 meter jer. Patut la muka orang tua tu berkerut bila aku menyebut sedang menunggu bas nak ke Stesyen Bas Ayer Hitam. Maklum le tempat aku menunggu bas tadi berada di selekoh menghala ke Yong Peng selepas traficlight pekan Ayer Hitam. Ketika tahun 1990 dulu kawasan itu semak samun dan sekarang dah lapang tempatnya. Hahaahhaha. TERIMA KASIH WAK!

Aku tak pernah ceritakan hal ini pada sesapa. Apabila sampai di Batu Pahat, Bangcik dah pergi kerja. KakDah terkejut juga kerana aku terlewat sampai. Muka aku tetap SEMPOI!
Ini le panorama Stesyen bas Ayer Hitam yang masih berfungsi.

Ini le bas aku naik untuk ke Kluang.

Panorama deretan kedai menjual "jajan" yang masih sama corak
pembinaannya dengan tahun 90an dulu.

Aku ambil gambar "kolet" bas nak bagi tiket ikut harga lokasi.
Aku kena bayar RM1.90 dari Ayer Hitam ke Kluang.
Continue Reading...

Surat yang beranak?

Jam 9.30 pagi tadi Ijan call aku. Dia maklumkan bahawa enjin dan wiring Nissan aku tu dah siap. Tunggu "fuel pump" je utk sambungkan kabel minyak ke tangki minyak. Dia dah try guna "fuelpump" Nissan 1.3 punya. Minyak tak support katanya. Maka aku call tempat aku beli enjin dulu. Alhamdulillah, lepas Jumaat nanti, owner kedai auto part (Padil - satu2nya bumiputera yang berjaya dlm bidang ni di Melaka) minta aku ambil di kedainya.

Ijan juga dah cuba masukkan "fuelpump" Mercedes, tetapi kedudukannya di luar tangki menyebabkan pengaliran minyak untuk pembakaran kurang "cun" katanya. Maka aku mesti dapatkan juga "fuelpump" Nissan 1.6 (BA14 - jenis enjin Nissan yang aku ambil). Malangnya, yang betul-betul ngam dengan model enjin aku xde.

Pada jam 2.30 ptg aku masih menumpang Sifoo Zuri untuk urusan ni sbelum balik ke Kluang. Cikgu Izwan juga ada ikut serta. Alhamdulillah, ada pula "fuelpump" Nissan 1.6 cuma modelnya berbeza. Aku cuma dapat model BA13. Ketika itu juga aku mengambil surat beranak enjin Nissan 1.6 Twincam (BlackTop) untuk dibawa ke mana saja sebelum pergi Puspakom....bila le aku nak pegi tu yer? Rasanya aku pakai runner je kut sbb kete aku nak pakai.....yahooooo!

Surat yang beranak?

Surat yang beranak?


Orait la tu dah.... Selesai saja urusan itu, kami bergegas bergerak ke Kluang... Balik ke lubuk!

Sportrim ori dari Jepun - 5 lubang

Ini kereta Mitsubhisi owner autopart tu.
BANZAI REVOLUTION AUTO PART

Kedai Autopart di Taman Merdeka, Melaka - kawasan IKS
(tu gambar Waja Sifoo Zuri yang bakal ditukar jika ada WISH yang dia berkenan)
Continue Reading...

Sep 26, 2007

Mencari selera

Minggu ni, ari ni baru le aku jalan-jalan mencari selera di luar. Kalu idak kat dalam bilik je le dengan kurma, air sarsi & rokok sebatang. Malam pulak, masak nasik dengan apa-apa menu yang terasa nak makan dan mudah!

Ari ni aku diajak oleh Zuri dan Azim utk ke Bazar Ramadhan di Taman Cempaka (bersebelahan dengan Tasco dan Melaka Central). Masing-masing mencari selera untuk diri sendiri. Mata melilau mencari sasaran. Aku sering terpana dengan 'nasi dagang'! Adakah kerana aku anak dagang? Adakah aku minat kari? Adakah aku minat pada penjual nasi dagang?

Kebiasaannya, peniaga-peniaga ni ramah-tamah. Mungkin aku suka melayan orang yang ramah-tamah sehinggakan penantian aku terhadap peniaga yang mencedok nasi tu tak le terasa lama sangat. Walau bagaimanapun, yang pastinya nasi tu tetap aku makan lewat. Aku dah terikut dengan gaya rakan sebilik aku yang gemar makan kurma semasa berbuka. Malah aku tambah pula dengan sebatang dua rokok yang diidam!

Kebetulan pula aku berdua-duan dengan lacturer aku - En Sazali, melayan selera masing-masing. Aku terjumpa dia semasa aku memerhatikan gelagat orang menunjuk-nunjuk makanan yang hendak dibeli.

Setelah itu, aku meninjau khemah menjual pakaian dan keperluan hari raya. Syok juga layan kepala....

Saja membelek kasut capal yang TOTO.


Sifoo Zuri dengan gaya macho meniti khemah satu persatu.


Aiiii...sempat juga Sifoo snap gambar aku yang dok membelek baju melayu.
Kainnya, aku tak berapa berkenan!
Kena gosok selalu...waaaaaaa....

Continue Reading...

Sep 24, 2007

Kisah Empat Isteri


Suatu ketika, ada seorang pedagang kaya yang mempunyai empat orang isteri.Dia mencintai isteri yang keempat dan memberikan harta dan kesenangan yang banyak. Sebab, isteri keempat adalah yang tercantik di antara kesemua isterinya.Maka, tidak hairan lelaki ini sering memberikan yang terbaik untuk isteri keempatnya itu.

Pedagang itu juga mencintai isterinya yang ketiga. Dia sangat bangga dengan isterinya ini, dan sering berusaha untuk memperkenalkan isteri ketiganya ini kepada semua temannya. Namun dia juga selalu bimbang kalau-kalau isterinya ini akan lari dengan lelaki yang lain.

Begitu juga dengan isterinya yang kedua. Dia juga sangat menyukainya. Dia adalah seorang isteri yang sabar dan penuh pengertian. Bila-bila masa pun apabila pedagang ini mendapat masalah, dia selalu meminta pandangan isterinya yang kedua ini. dialah tempat bergantung. Dia selalu menolong dan mendampingi suaminya melalui mas! a-masa yang sulit.

Sama halnya dengan isterinya yang pertama. Dia adalah pasangan yang sangat setia. Dia sering membawa kebaikan bagi kehidupan keluarga ini. Dialah yang merawat dan mengatur semua kekayaan dan usaha si suami. Akan tetapi si pedangang tidak begitu mencintainya. Walaupun isteri pertamanya ini begitu sayang kepadanya namun, pedagang ini tidak begitu memperdulikannya.

Suatu ketika, si pedagang sakit. Kemudian dia menyedari mungkin masa untuknya hidup tinggal tidak lama lagi. Dia mula merenungi semua kehidupanindahnya, dan berkata dalam hati, "Saat ini, aku punya empat orang isteri. Namun, apabila aku meninggal, aku akan sendiri. Betapa menyedihkan jika aku harus hidup sendiri."

Lalu dia meminta semua isterinya datang dan kemudian mulai bertanya pada isteri keempatnya, "Kaulah yang paling kucintai, kuberikan kau gaun dan perhiasan yang indah. Nah sekarang, aku akan mati, mahukah kau mendampingiku dan menemaniku?" Isteri keempatnya terdiam. "Tentu ! saja tidak!" jawab isterinya yang keempat, dan pergi begitu sahaja tanpa berkata-kata lagi. Jawapan itu sangat menyakitkan hati seakan-akan ada pisau yang terhunus dan menghiris-hiris hatinya.

Pedagang yang sedih itu lalu bertanya kepada isteri ketiganya, "Aku pun mencintaimu sepenuh hati, dan saat ini, hidupku akan berakhir. Mahukah kau ikut denganku, dan menemani akhir hayatku?". Isteri ketiganya menjawab, "Hidup begitu indah di sini. Aku akan menikah lagi jika kau mati". Pedagang begitu terpukul dengan jawapan isteri ketiganya itu.

Lalu, dia bertanya kepada isteri keduanya, "Aku selalu berpaling padamu setiap kali mendapat masalah. Dan kau selalu mahu membantuku. Kini, aku perlu sekali pertolonganmu. Kalau aku mati, mahukah kau ikut dan mendampingiku?" Si isteri kedua menjawab perlahan, "Maafkan aku...aku tak mampu menolongmu kali ini. Aku hanya boleh menghantarmu ke liang kubur saja. Nanti, akan kubuatkan makam yang indah buatmu."

Jawapan itu seperti kil! at yang menyambar. Si pedagang kini berasa Putus asa. Tiba-tiba terdengar satu suara, "Aku akan tinggal denganmu. Aku akan ikut ke manapun kau pergi. Aku, tak akan meninggalkanmu, aku akan setia bersamamu." Si pedagang lalu menoleh ke arah suara itu dan mendapati isteri pertamanya yang berkata begitu. Isteri pertamanya tampak begitu kurus. Badannya seperti orang yang kelaparan. Berasa menyesal, si pedagang Lalu berguman, "Kalau saja aku mampu melayanmu lebih baik pada saat aku mampu, tak akan kubiarkan kau seperti ini isteriku."

Teman, sesungguhnya kita punya empat orang isteri dalam hidup ini;

ISTERI KEEMPAT adalah tubuh kita. Seberapa banyak waktu dan belanja yang kita keluarkan untuk tubuh kita supaya tampak indah dan gagah, semuanya akan hilang. Ia akan pergi segera apabila kita meninggal. Tak ada keindahan dan kegagahan yang tersisa saat kita menghadapNYA.

ISTERI KETIGA adalah status sosial dan kekayaan kita. Saat kita meninggal, semuanya akan pergi kepada! yang lain. Mereka akan berpindah dan melupakan kita yang pernah memilikinya.

ISTERI KEDUA pula adalah kerabat dan teman-teman. Seberapa pun dekat hubungan kita dengan mereka, mereka tak akan mampu bersama kita selamanya.Hanya sampai kuburla mereka akan menemani kita.

DAN SESUNGGUHNYA ISTERI PERTAMA adalah jiwa dan amal kita. Mungkin kita sering mengabaikan dan melupakannya demi kekayaan dan kesenangan peribadi.Namun, sebenarnya, hanya jiwa dan amal kita sajalah yang mampu untuk Terus setia dan mendampingi kemanapun kita melangkah.
Hanya amal yang mampu menolong kita diakhirat kelak.

Jadi, selagi mampu, perlakukanlah jiwa dan amal kita dengan bijak. Jangan sampai kita menyesal kemudian hari!...

sekian,
wasalam.

wallahualam.
MaNuSia aKaN BeRJaYa SeLaGiMaNa Dia LeTaKKan DiRiNYe DaLaM aGaMa.

Sumbangan : ajay

Continue Reading...

Sep 23, 2007

Sekadar Bacaan atau Panduan?

CUTI DI HUJUNG MINGGU ini aku tertarik dengan sebuah artikel dalam blog ISTANA PERMATA AL-HAMRA. Aku fikir, artikel ini patut sangat dibaca oleh kaum wanita kerana ia berkaitan luahan hati kaum lelaki tentang poligami.

Sebelum ini kita banyak membaca kisah penderitaan wanita yang dipoligamikan saja sedangkan kaum lelaki jarang menceritakan mengapa mereka ingin berpoligami. Kaum wanita cuma bercerita tentang masalah dan perasaan mereka yang kebanyakannya bercakap mengikut perasaan kerana tidak suka dipoligamikan sedangkan mereka tidak tahu apa yang sebenarnya tersirat dalam hati kaum lelaki dan apa yang mereka lakukan adalah mengikut landasan ajaran agama Islam sebenarnya.

Untuk mengetahui pandangan penulis dalam blog ISTANA PERMATA AL-HAMRA, ikuti tulisan beliau (Sdr Zawawi ) di bawah ini.

Katanya, penulis tidak patut berat sebelah tanpa menceritakan apa sebenarnya perasaan dan kehendak kaum lelaki tentang konsep berpoligami mengikut Islam.

“Saya merasakan perlu untuk mencurah perasaan hati kami atau melontarkan pandangan, pendapat mahupun idea yang telah lama terpendam dalam hati kami kerana banyak perkara yang berlaku dalam isu poligami ada hubung kait dengan permasalahan kebanyakan suami, mengapa mereka ingin berpoligami. Bukan hanya mengikut nafsu tetapi ada sebab tertentu.

“Dari apa yang saya perhatikan kebanyakan kaum wanita cuma melahirkan perasaan marah mereka saja bila suami kahwin lagi dan kemarahan ini berlarutan sejak sekian lama, mungkin hingga ke akhir zaman, yang entah bila akan ada penghujungnya.

“Sebenarnya saya adalah peminat tetap ruangan (Di Celah-Celah Kehidupan) DCCK ini, saya jarang ketinggalan menatap rencana tentang rumah tangga ini sejak tahun 1980-an lagi. Kerana berminat jugalah saya menyimpan banyak keratan dalam buku khas saya, semuanya saya kumpul dari zaman saya masih muda lagi hinggalah kini.

“Kerana masalah poligami ini juga amat ketara maka saya telah membuat kajian secara rambang di merata tempat, seperti di IPTA/IPTS, di mana bilangan kaum Hawa lebih dari tiga suku berbanding kaum Adam, di maktab-maktab perguruan, di sekolah-sekolah kerajaan dan swasta, kilang-kilang perusahaan, di pejabat-pejabat kerajaan mahupun swasta dan banyak lagi, wanita jauh melebihi kaum lelaki.

“Itu padangan jauh, yang dekatnya cuba lihat dalam keluarga kita sendiri. Kita dapati anak-anak perempuan kita lebih ramai daripada lelaki. Saya sendiri ada empat orang anak, cuma seorang lelaki. Begitu juga jiran saya bilangan anak perempuan melebihi lelaki. Adik-beradik saya pun sedemikian.

“Di samping itu cuba kita perhatikan bilangan ibu tunggal juga jauh lebih ramai daripada bapa tunggal. Belum masuk lagi bab keempat bilangan anak dara tua (andartu) ataupun anak dara lanjut usia (andalusia) juga lebih ramai bilangan mereka daripada bujang-bujang terlajak sekarang.

“Jadi sebagai manusia yang diberikan otak, cubalah kita berfikir dengan hati terbuka mengapa kita harus membiarkan masalah ini terus berlaku, kerana masalahnya nanti akan mempengaruhi struktur masyarakat dan peningkatan kaum Melayu dalam negara kita.

“Kita juga kena lihat, memikirkan, merenungi, atau menghayati secara rasional, dengan hati terbuka, ikhlas, penuh keinsafan, keredaan atau secara profesional. Cuba renungkan mengapa Allah turunkan agama Islam dengan hukum-hukumnya, mengapa Islam membenarkan lelaki beristeri sampai empat. Ingatlah Allah s.w.t. tidak saja-saja turunkan hukum tersebut tanpa sebab tertentu. Ingat Allah Maha Mengetahui, Maha Pengampun dan Maha Pengasih. Allah tahu apa yang dimaksudkan-Nya.

“Dengan kata lain, Allah tahu apa yang akan berlaku kapada manusia, cita rasa, naluri, keinginan, sifat, sikap dan tanggungjawab kepimpinan serta tugas-tugas berat yang dipikul oleh manusia bernama lelaki itu. “Kalau suami tersebut tidak menunaikan tanggungjawabnya menjadi pemimpin yang baik sebagai ketua keluarga di dunia, maka dia akan menerima padah dan akan menjawab di hadapan Allah nanti.

“Allah Maha Adil, jadi kalau anda sebagai isteri maka tuntutlah ketidakadilan suami anda di akhirat nanti. Janganlah kaum wanita cuma mementingkan kehidupan di dunia ini sahaja, ingatlah dunia ini cuma sementara ini, yang kekal itu adalah akhirat.

*KEHARMONIAN:

“Jadi kalau kaum wanita khasnya selagi mengaku beragama Islam dan mengucap dua kalimah syahadah, maka hendaklah anda berusaha menjaga dan memperbaiki keharmonian dalam rumah tangga anda, bahagiakan suami anda, ceriakan rumah tangga anda di samping hidupkan semangat kecintaan yang ada dalam hati suami supaya suami tetap mencintai anda.

“Tetapi jika sudah ditakdirkan anda dimadukan, maka hendaklah kaum wanita menerimanya dengan hati terbuka, jangan sekali-kali menolak atau melanggar hukum yang telah ditentukan-Nya. “Sebaik-baik jalan sebagai isteri pertama, anda hendaklah berusaha memperbaiki hubungan dengan madu-madu anda, insyaAllah semuanya akan berjalan dengan aman.

Di samping itu banyakkan berdoa, solat sunat, zikir dan membaca al-Quran memohon kepada Allah keredaannya supaya rumah tangga anda lebih bahagia dan lebih penting Allah akan membuka pintu-pintu kebahagiaan dan kesenangan-Nya. Ingat Allah tidak pernah memungkiri janji-Nya.“Lihat keliling anda, zaman ini ego wanita begitu besar, balasannya ujian yang telah diturunkan oleh Allah iaitu lebih ramai wanita daripada lelaki, jadi salah satu cara untuk memperbaikinya adalah dengan meramaikan jumlah kaum lelaki berpoligami.

Kepada kaum wanita, jangan cepat melenting, berfikirlah secara rasional bukan emosional.“Manusia ini, tidak kira apa rupa bangsanya, atau agamanya, berapa umurnya, apa gendernya, sangat suka melakukan kerja-kerja terlarang. Kita melihat apa yang di larang oleh kerajaan dan agama, maka perkara itulah yang mereka suka lakukan.

“Setiap yang dilarang ada positif dan negatifnya, dan perkara yang dibenarkan pun ada positif dan negatifnya, cuma perbezaannya bagaimana kita melihat dan mengamal sesuatu perkara itu secara lebih bijaksana. Kita tidak semestinya terlalu rigid, kita mesti bersikap secara kualitatif daripada sikap kuantitatif, kita kena ambil kira dari semua segi dan pendekatan yang lebih positif kerana Allah sentiasa menolong hamba-hamba-Nya yang reda, ikhlas dengan ketentuan-Nya selepas berusaha dan berdoa.

“Soal keadilan, mana ada keadilah dalam dunia ini, saya cabar sesiapa saja, tunjukkan keadilan itu. Keadilan itu sangat subjektif, manusia dan dunia ini sememangnya tiada keadilan, keadilan itu hak Allah. Secara bodohnya, cuba kita lihat jari-jari kita, mana sama panjangnya dan secara rasionalnya, cuba lihat anak-anak kita, adakah kita adil pada mereka, tanya hati kecil kita kerana kita tidak boleh membohongi hati dan diri kita, apakah kita adil kepada anak-anak kita?“Kerana itu anggapan bahawa isu wanita suka merampas suami orang itu sudah tamat.
Wanita bukan perampas! tetapi konsep berkongsi suami perlu diperluaskan secara lebih praktikal lagi dan secara lebih rasional. Sesiapa yang boleh membantu atau menolong saudara seagamanya kalau bukan kaum wanita sendiri.

“Kaum lelaki hanya boleh membantu mereka dengan cara menjadikan mereka isteri-isteri dan bertanggungjawab ke atasnya, inilah sebenarnya konsep yang diharuskan agama serta digalakkan bagi mengimbangi permasalahan sosial, di samping mengurangkan masalah andartu, membantu ibu-ibu tunggal serta anak-anak kehilangan kasih sayang belaian mesra seorang ayah.

“Apa yang lebih penting lagi mengurangkan pembohongan kaum lelaki, yang selama ini banyak yang menipu kerana ingin berkahwin dua. Di samping mengurangkan dosa-dosa isteri yang membatasi naluri dan tabiat kaum lelaki yang diharuskan oleh agama Islam . Dan anda perlu ingat manalah tahu esok lusa masalah andartu atau ibu tunggal pula akan berlaku dalam keluarga anda sendiri.

“Wanita yang belum kahwin ini juga ingin merasakan kenikmatan, kegembiraan dan kebahagiaan bersama suami dan mempunyai alam rumah tangga, apa salahnya mereka berkongsi sama kegembiraan tersebut, pokoknya isteri-isteri tersebut bersikap positif dan reda, jangan fikirkan lelaki berpoligami itu hanya inginkan seks. Lelaki juga ada kalanya macam kanak-kanak perlukan belaian. Luaran saja nampak mereka gembira tetapi di dalam hati, mereka kesepian, kesunyian walaupun hidupnya aman. [SDR - Seorang Dalam Ramai]. Situasi ini berbeza jika suami menerima banyak kasih sayang dan belaian isterinya.

“Tetapi ada syarat lelaki berpoligami, mesti bertanggugjawab terhadap rumah tangga, isteri dan anak anak. Dan jangan cepat tangan sampai memukul dan mencederakan isteri, kalau itu terjadi hilanglah rasa kasih sayang isteri. Ingat isteri itu amanah Allah!!!

“Kebanyakan lelaki, tidak kira berapa umurnya, apa pangkatnya, sedetik di dalam hatinya berhajat beristeri lebih dari satu, tetapi apakan daya, anak-anak dah besar, cucu dah banyak dan isteri sentiasa membangkang. Kerana itu menjadi tugas isteri menggembirakan suami tanpa membelakangkan batas-batas agama.

*KERJAYA:

“Sebenarnya wanita yang ingin berpoligami ini bukan mahukan wang ringgit, kerana mereka punya kerjaya tersendiri, mereka hanya mahukan status bersuami, ada tempat bergantung kasih, mencurah sayang, melipurlara dan mengadu hal. Maka jika suami bersikap dan bersifat positif ke arah membina keluarga besar yang harmoni, berpendidikan dan beragama itulah yang dituntut dan diwajibkan dalam Islam.

“Saya bukan menyokong suami berpoligami, tetapi ingatlah ini hukum Allah, jangan terlalu tamak di dalam kehidupan di dunia, suami bukan hak kita selamanya, diri kita pun cuma sementara. Esok entah lusa kita akan pergi tinggalkan apa yang amat kita sayang. Nabi Muhammad s.a.w. juga telah berpesan, “Aku tinggalkan dua perkara, al-Quran dan Sunnahku, selagi berpegang kapadanya, kamu tidak akan sesat.

”Demikian pandangan Zawawi bahawa setiap lelaki itu berhajat untuk berpoligami, cuma keadaan tidak mengizinkan. Juga penting, mereka belum berani membuka mulut memberitahu isteri tentang hajatnya, yang banyak berlaku mereka nikah secara sembunyi untuk mengelakkan sebarang permasalahan.

Namun terpulanglah kepada pandangan dan pendapat anda tentang isu hangat ini. Kerana biasanya wanita memang benci poligami, ada yang lebih rela bercerai dari dipoligamikan. Kaum lelaki ada selera tersendiri. Terserah...

Sebelum mengakhiri ruangan ini saya ingin mengucapkan selamat berhari raya dan maaf zahir batin jika sepanjang menulis di ruangan ini ada hati-hati yang terguris dan terluka.

*Dipetik dari; Mingguan Malaysia
Al-Hamra' : Terimalah ini semua sebagai ketentuan daripada Allah,sebagai hamba tak berhak utk kita mempersoalkan hukum Allah! Namun hanya iman yang mampu kita terima segalaNya dengan pasrah!

* Entri ini sebagai ulasan tentang isu yang diketengahkan oleh Penulis yang bergelar PakNgah .

* Cuba berikan komen anda seikhlas hati tentang entri ini....
Continue Reading...

Sep 22, 2007

Patah Kaki 3

Jam 9.30 mlm, aku sefamili lajak ke bengkel Jitu Auto Service Centre di Simpang Renggam utk aku melihat dan meninjau perkembangan "kaki" aku!. Nampak gayanya ada perkembangan yang membanggakan. Namun masih belum boleh di "test power" lagi kerana masih dalam proses pembikinan dan ubahsuai, maklum le perlu layan kereta pelanggan dulu. Waktu malam le Sunny aku akan dimanjakan! Serba sedikit pengubahsuaian yang dijalankan....

Nampak gayanya, ulang-alik aku antara Kluang- Melaka dan Melaka - Kluang, masih memerlukan bantuan dan sokongan Sifoo Zuri. Maklum le aku ni OKU!..kwang-kwang-kwang...

Harap-harap raya nanti boleh le aku merasa untuk pulang ke Perak untuk menyambut hari raya sesama sanak saudara...

Enjin
- dari Nissan Sunny 1.3 kepada Nissan Sentra 1.6 Super Saloon (BlackTop - Twincam).

Mounting
- di ubah ke empat2 penjuru untuk meletakkan kedudukan enjin (Nissan Sentra 1.6 - BlackTop) dan gearbox pada kerangka chasis yang berkod B11 (nissan Sunny 1.3).

Gearbox :
- diubah daripada manual kepada auto.

Wiring :
- keseluruhan wiring dalam kereta disepenuhnya sepenuh.

Power Stearing :
- ditukarkan dari paut stearing (Sunny 1.3) kepada Power Stearing (Sentra 1.6)

Sistem Break Depan :
- menggunakan sistem break disk Sentra 1.6 Super Saloon (Double layer disk)

Sistem Penghawa Dingin :
- menggunakan sistem penghawa dingin Sentra 1.6 Super Saloon (dua kipas)

Timing Belt:
- menggunakan timing belt OEM Sentra 1.6 (original) kerana timing belt asal pada halfcut agak telah lama digunakan.

Sistem Ekzos :
- menggunakan stainless steel 2.5" costum exhaust piping & 5 zigen muffler.

sekian.
Continue Reading...

Jenis apa ni ye?

Petang td meronda kat deretan bangunan kedai di Taman Intan. Termanggu aku apabila aku tergoda dengan satu jenis hp nokia...apa jenis ni yer? Kena pulak kedai hp tu bersebelahan dengan bank... alamakkk..terkena juga aku dibulan posa!

video

Continue Reading...

Sep 20, 2007

Sunyinya di malam hari.....

Jam 9.00 mlam sifoo Zuri ajak aku g ngeteh. Aku setuju jer. Kami keluar ngeteh 4 orang, Zuri, Mohd Kelana, Azim (Ketua Unit) dan aku yang memang pantang diajak keluar bila kena masanya!

Kami just berborak kosong....sambil2 nengok WWE di kedai minum kat maktab. Bila balik maktab, alamak, sunyinya!

Rupa Anjung Hikmah IPPM di kala malam hari.

Dari kiri : Mat Kelana, aku dan Azim (Sifoo Zuri tgh amik gambor...syahdunya, dia takde)
Continue Reading...

Syahdunya aku....

Entri aku kali ini agak syhdu, kerana semalaman aku terasa amat sensitif. Kenapa aku jadi begini?

Inilah yang aku terkeliru seketika. Adakah aku terasa bahawa aku adalah seorang dalam ramai? Maklum le sejak2 melalui bulan Ramadhan kat hostel mengingatkan aku pada keseluruhan famili aku. Dah lama aku tak balik beraya di Pantai Remis. Terbuka pula blog Akim berkaitan suasana raya di semasa entrinya thn lepas, alamak syahdunya aku...

Rentetan peristiwa semalaman amat menyahdukan kalbu aku! Cit, sensitifnya aku!

PERISTIWA 1:

Ini bermula dengan sms yang aku terima mlm tadi dr BangDak.

"Lan...aku hntar along (Afifah) pi sekolah hang dulu, shahriman, bruas".

Ayatnya simple tetapi amat menusuk kalbu aku kerana aku teringatkan sesuatu peristiwa yang membuka sejarah baru dalam hidup aku. Aku terus capai hp dan menefon bangdak. Bersembang-sembang tentang keperluan Afifah ke SM Raja Shahriman, Bruas. Fahamlah aku kenapa Afifah ditukarkan ke sekolah tersebut. Soalan-soalan aku mudah je. Adakah Afifah yang mahu ke sekolah itu atas kemahuannya sendiri atau mengikut kemahuan ayah dan ibunya? Keadaan ini amat penting kerana tak mahu situasi ini menjejaki jejak MakTam semasa zaman persekolahannya dulu. Maka aku faham le kenapa dan mengapa Afifah dihantar ke SMK Raja Shahriman.

Atas isu sekolah itulah, aku juga berterima kasih kepada Bangdak dan BangMansor pada tahun 1987 dulu ketika aku berumur 16 tahun. Setelah pemergian arwah TokWan Lin pada tahun 1986, ada ditinggalnya amanat pada Bangdak tentang aku. Arwah mahu aku dimasukkan ke sekolah berasrama kerana kemerosotan aku dalam akademik. Bangdak memainkan peranan besar dalam keadaan ini. Dia berusaha hingga aku masuk ke SMK Raja Shahriman, Bruas kerana keputusan SRP aku mencecah 31 agrigat yang hampir ke pangkat B. Aku tahu kenapa aku menerima begitu teruk sekali keputusannya.

Bangdak terpaksa mengadap Pengetua sekolah tersebut untuk membuat rayuan agar aku dimasukkan ke asrama. Dari kehidupan aku tinggal di asrama membuatkan aku lebih kental dalam mengatur hidup. Maklum le hidup sebagai anak bongsu dalam keluarga. Alpa! Terima kasih BangDak dan BangMansor! Aku akan kenang hingga akhir hayat!

Juga dalam perbualan telefon, aku mula mencatur suasana raya tahun ni di kampung, BangDak setuju kalu raya tahun ni dapat berkumpul dan disambut di umah Batu 51.

"Ok, bangDak, apa kata tahun ni, raya pertama kita beraya di umah mertua masing-masing. Raya kedua atau ketiga kita berkumpul di umah Batu 51", kata aku kat BangDak malam tadi.

"Aku, jadi ajer!", balasnya.

Alahai....syahdunya aku!


PERISTIWA 2:

Sementara menantikan Subuh, aku membaca blog Akim tentang suasana beraya di Batu 51. Aku tersedar bahawa sudah beberapa tahun aku tidak menyambut hariraya bersama sanak saudara di Pantai. Akukah yang terlalu mementingkan diri sehinggakan aku tidak memikirkan suasana itu. Aku hanya akan balik ke Pantai apabila cuti panjang. Kenapa? Dengan cuti yang pendek (cuti Hari Raya) aku tidak boleh pulang ke Pantai Remis?. Atau mengapa aku tidak ada perasaan untuk merasai suasana berhari raya bersama sanak saudara? Ini berlaku setelah pemergian Arwah Mak. Alahai....syahdunya aku!

Kemungkinan demi kemungkinan aku berfikir. Adakah semasa adanya Arwah Mak, membuatkan rasa terpanggil untuk aku sentiasa ingat untuk pulang ke kampung? Maka setelah ketiadaannya aku rasa "kosong" untuk aku pulang ke kampung? Mulalah timbulnya, untuk apa aku pulang? Mengapakah "kosong" itu perlu aku isikan? dan kenapa "kosong" itu tidak diisi oleh orang lain (saudaramaraku) agar aku sentiasa ingin berasa pulang ke kampung? Adakah aku ini "manja" untuk dibelai dan dihargai ketika aku pulang ke kampung sebagai mana aku lalui semasa adanya hayat Arwah Mak dulu? Maklum le anak bongsu. Terfikir juga aku, kan aku dah besar panjang, beranak-pinak, perlukah lagi aku suasana seperti itu? Persoalan demi persoalan bermain di kepalaku. Alahai....syahdunya aku!

"Kosong"...adakah kekosongan itu perlu dipenuhkan "sesuatu" oleh orang lain? Adakah orang lain perlu mewujudkan suasana agar menjadi penuh? Adakah aku yang perlu mewujudkan suasana "penuh" agar orang lain yang merasai keselesaan itu wujud dan tidak "kosong"?. Adakah aku sendiri yang kena memulakan untuk mewujudkan suasana itu menjadi penuh? Atau aku sendiri yang mengada-ngada. Kosong lah, penuhlah, - macam... entah apa-apa!

Bagi aku, sesuatu suasana yang ingin kita wujudkan sama ada selesa, muram, runsing...adalah kerjasama semua pihak. Adakalanya kita memikirkan sesuatu untuk diri sendiri dan adakalanya kita memikirkan untuk orang lain juga. Bagaimana pula dengan suasana yang hanya memikirkan keselesaan diri sendiri sahaja...tanpa melibatkan orang lain. Penting diri sangatkah sebegitu rupa? TAHUN INI AKU NAK BERAYA DI KAMPUNG!!!! Alahai...syahdunya aku!

PERISTIWA 2:

Semalaman aku terkenangkan sanak saudara, anak-anak menakan, ipar duai aku. Semuanya aku anto sms kepada mereka! Terfikir juga aku, kenapa mesti aku yang memulakan dulu, baru aku akan dapat balasan? Dan dapatkah balasan daripada apa yang aku hantarkan? Kenapa tidak, mereka juga merasai apa yang aku rasai? Kenapa tidak mereka pula yang memulakan, dan aku hanya membalasnya sahaja?

Aku terfikir, sebelum ini aku agak kerap hubungi dan menghantar sms kepada orang sekeliling aku. Sering bertanyakan khabar, perkembangan berita dan sebagainya!. Gembira tak terkata apabila mendapat balasan berkaitan perkembangan diri mereka! Bangga sungguh aku rasai. Kekadang ada juga yang kita tak perolehi seperti mana yang kita hajati. Maklum le duduk berjauhan demi sebuah ikatan hubungan silaturrahim...

Terfikir juga aku, pelikkah aku? Adakah aku jenis orang yang membuat sesuatu secara tidak ikhlas? Terlalu inginkan balasan terhadap apa yang kita lakukan. Adakah aku jenis orang yang suka mengharapkan balasan? Alahai...syahdunya aku!

Ada betulnya apa yang BangMad perkatakan sewaktu kami berjumpa dan berbincang di Seremban dulu. Kebetulan BangMad ada meeting di Seremban dan aku di Melaka. Ambil peluang le aku berjumpa dan berborak.

"Lan...jadi le diri kita sendiri. Knapa kita mesti jadi semacam orang lain? "Jiwa kita" akan sakit jika kita nak jadi seperti orang lain juga!. Jangan harapkan orang lain pun macam diri kita. ITULAH INDAHNYA DUNIA INI! Pelbagai ragam dan karenah manusia, membuatkan hidup sentiasa ceria, otak menjadi ligat, fikiran sentiasa bergerak.", ujar bangMad sambil mencelup sate dalam mangkuk kuahnya!

Alahai..syahdunya aku!

PERISTIWA 3:

Sebelum Subuh tadi, aku telefon KakYah, dapat jugak berborak dengan kakak aku yang amat sensitif. Dia "perasa" orangnya. Mudah tersentuh hatinya, kerana tiap kali berhubung, tentunya air matanya mengalir laju. Aku pun taktau kenapa jadi begitu! Akupun turut "terasa". Aku maklumkan bahawa, aku nekad...aku teringin nak beraya di kampung, di umah Batu 51, umah pusaka kami adik beradik. Suka sungguh dia! Aku maklumkan bahawa dan bertahun-tahun aku tak beraya di kampung...maklum le cuti pendek. (Macam le jauh sangat aku nih). Aku maklumkan, mungkin di hari raya kedua atau ketiga, kita cuba berkumpul di umah pusaka! Aku nak rasa semula suasana macam sbelum ni.... Alahai...syahdunya aku!

PERISTIWA 4:

Selepas, aku berborak dengan KakYah, aku call Kak Azizah pulak yang berada di Nenering. Kak sulung aku ni, dah mula rasa lenguh-lenguh badan. Katanya, sebelum ini ada juga dia dan kawannya jalan-jalan di sekeliling tempat tinggal mereka untuk keluarkan peluh! Sayangnya, kawannya dah tak dapat untuk buatkan aktiviti seperti tu lagi kerana suamai kawannya sakit! Maka untuk kak aku nak jalan-jalan sorang diri, ermmm...boring la! Itu la kakak sulung aku....

Aku bukak juga isu raya tahun ni. Dia belum ada congakan di mana nak beraya! Aku terus maklumkan untuk mengajak berkumpul adik beradik beraya di umah pusaka!. Mungkin raya kedua atau ketiga. Yang bestnya, kakak aku ni, idea dalam kepalanya boleh tahan juga!

"Lan, kita dah lama tak buat pun kenduri tahlil untuk arwah mak dan ayah. Bagus juga kalau kita buat sewaktu kita berkumpul nanti," kata kakak aku sambil terbatuk-batuk.

"Waaaa.....bagusnya idea kak ni. Ok kak, Lan akan pastikan kita buat majlis tahlil ni, Aji Man boleh bawak tahlil, Lebai Yan boleh jemputkan orang sekeliling umah nanti", balas aku.

Ermmm...aku juga dapat rasakan bahawa kakak aku juga ingin berkumpul adik beradik. Cuma siapa yang nak mulakan untuk mencetus suasana! Apa salahnya aku juga yang mencetuskan sebagaimana aku nak ianya terjadi! Jangan diharapkan orang lain paham dalam kepala kita. Yang penting, kita paham apa yang orang lain fikirkan!. Kwang-kwang-kwang!

PERISTIWA 5:

Aku terima sms daripada orang keliling aku! Seronoknya aku, setelah aku dapat balasannya. Salahkah aku terus memulakannya? Ermmm...Alahai, syahdunya aku!

Ilah: 05.38 am
T kasih atas ingatan...Sekilas kngan di fikiran sudah cukup utk mrpatkn kembali slturahim wpun skdr mscall...hehe. Baru slesai sahur ni.

Teh: 06.56am
Kami soq sempoi saja ari ni. Pasai 20 minit saja sblm imsak. Kena spare masa jugak utk rokok 2 btg putuih brubung sambil langgah ayag. Hehe. Dan pi surau utk subuh.

KakDah: 05:01am
Tk. Dah masuk subuh kat KK ni.

BangMad: 05.02am
Dh lps bersahor. Ahmad dan Anwar dh ready nk smbung tdo smula. XM ok?

BangMad: 05.08am
Snsitif ttg apa tu? Klau tak rahsia, crita sikit... atau msukkn dlm blog je.

:: Kerana sms Bmad yang terakhir itulah, aku memasukkan entri ini dalam blog aku hari ni!
Alahai...syahdunya aku!

Hakikatnya: jiwa aku mudah tersentuh bila melibatkan famili. Aku suka dan seronok apabila semuanya dalam satu hati, ceria, bahagia dan mudah berbincang! Terima kasih semua! Sayonara!


P/S : Ingatan kepada diri aku dan pembaca-pembaca blog.

:: Ingatlah kita semua, ikatan silaturrahim perlu dieratkan, dikukuhkan, diikat dengan ikatan kasih sayang walau di mana jua berada! Terapkanlah sifat dan sikap ini di mana jua kita berada! Ikatan ini amat TERASA apabila kedua orang tua kita meninggalkan kita. Dalam sesebuah keluarga, perlu ada yang memainkan peranan utk menyatukan semula setelah ketiadaan orang tua kita! Kenapa diharapkan orang lain yang memulakannya dan kenapa tidak diri kita sendiri yang memulakannya? Tepuk dada tanya selera, ketuk kepala tanya minda!

Alahai...syahdunya aku!
Continue Reading...

Bila punya projek ni?

Semasa aku dan mem membeli barang-barang keperluan utk buat kuih raya di kedai Kim Wah, terpana aku seketika dengan kecunan kereta mini ini. Ermmm, kepala aku mula ligat memikirkan sesuatu.

Bagus juga jika kereta sebegini untuk dijadikan idenditi bengkel aku lagi. Biar byk identiti dengan menghasilkan sesuatu yang luarjangka dengan hasil tangan sendiri (tangan aku ka?).
Aku mula meriki-riki untuk aku dapatkan sebiji kereta Mini Klasik walaupun tersadi di bawah pokok nangka sekalipun, yang pentingnya ada geran kereta itu.

Jika sesiapa yang membaca blog ini, ada idea utk aku dapatkan kereta Mini Klasik yang memiliki geran untuk diubahsuai rupabentuknya, maklumkan pada aku. Boleh le kita berunding gheganya! Aku teringin sangat! Tolong laaa... dah la BMW Klasik, tak dapat aku miliki...
Adakah Mini Klasik sebegini rupapun akan kecundang juga?

Pandangan hadapan

Pandangan sisi dari hadapan


Pandangan sisi dari belakang

Padangan dari belakang.

Continue Reading...

Sep 19, 2007

Mencari Selera

Jam 5.00 petang, hp aku berbunyi dengan bunyi yang "romantik". Tercari-cari aku di mana letaknya hp canggih-manggih.

"Lan, hang nak pi ke?. Ari ni kita ke Pasar Ramadhan Peringgit pulak, macam yang kita rancang semalam", kata Zuri. Maklum le ini le zaman aku patah kaki.

"Jadik.... 15 minit lagi, ok kut?, balas aku.

Ari ni kami bergerak 3 orang je. Zuri, aku dan Choo. Choo pun macam orang berpuasa jugak. Kami meronda dari mula pasar itu hingga ke gerai terakhir sekali. Macam-macam gelagak dapat diperhatikan. Yang paling aku gemar melihat gelagat orang dipasar itu ialah orang berjalan seorang diri sambil mulut tersengeh dan jari bergerak-gerak memicit butang abjad kat hp. Matanya pula sesekali memandang ke depan. Itulah zaman sekarang, pentingnya hp walaupun dalam keadaan bersesak.

Semalam kami bergerak ke pasar ramadhan di Bukit Baru. Semasa dalam perjalanan ke sana, kami ternampak, pasar kat Peringgit. Maka kami masukkan plan utk esoknya (hari ni). Maka kami tunaikan hasrat kami sendiri. MENCARI SELERA di Peringgit!



Tahun ni aku cuba kontrol selera (hawa posa - kata orang kampung aku). Hari ni aku sekadar meronda melihat jualan dan gelgat manusia. Namun aku tetap terpedaya kerana terbeli juga "Rojak Alor Gajah". Rojak Alor Gajah ni memang terkenal kat Alor Gajah, kebetulan pula aku terjumpa kat Peringgit, maka terbeli juga aku untuk tekak aku sekadar RM2.00. Boleh le nak kongsi-kongsi dengan Mohd Kelana, rakan sebilik aku.


Yang menariknya, Choo juga amik peluang mencari seleranya sendiri. Dia ni Chinese Sarawak. Boleh tahan juga dia membeli. Berbungkus-bungkus yang dijinjingnya.


"Amboi Choo, ko membeli mengalahkan orang yang berpuasa", kata Zuri pada Choo.


Choo hanya mampu tersengih saja kerana sememangnya dia yang membeli paling banyak makanan. Wakakakka.

Setelah selesai mencari selera masing-masing, masa masih panjang lagi untuk berbuka. Kami meronda-ronda menghala ke Giant. Ini pun sekadar mengisi masa. Aku lagi la syiok keadaan tu. Aku bukannya reti dok diam. Kena pulak zaman patah kaki ni. Seumpama orang mengantuk di sorongkan bantal le. Terima kasih sifoo Zuri.

Aku ngan Choo bergaya sekejap depan pintu Giant sebelum masuk ke dalam



Inilah Sifoo Zuri dan Choo yang bergerak ke kereta. Choo pula sentiasa menyengih jer.....wakakaka



p/s :

Bila le agaknya dapat aku berjumpa dengan ENFarmasi sementara aku berada di Melaka. Baik juga jika dia menjemput aku berbuka di rumahnya. Tak cukup tapak tangan, Padang Maktab IPPM aku tadahkan. Wakakakka.
Continue Reading...

Alhamdulillah..maklumat di hujung jari

Alhamdulillah, leganya ari ni...dah abis xm amali...menjadi je kedua2 soalan pagi tadi... Itupun menjadi bagi aku le, bagi pemberi markah plak...tak tahu le aku. Jika aku yang memberi markah, kompom "baik" punya markah. Masing-masing ketawa dan happy dengan cara jawab java. Menarik situasi tu... Apatah lagi dengan flash, ada juga yang tak sempat masukkan arahan action kat bahan-bahan yang dibina. Ermmm...tak dapat "run" le bahan P&P yang dibina....

Itule dikatakan maklumat dihujung jari (berkaitan komputer, jari jemari amat penting)... apa-apa pun gerak hati dan pemahaman konsep sesuatu perkara amat perlu untuk mencapai apa yang diingini!


Saja godek2 apa yang dibuat
Bersama rakan di luar makmal komputer setelah abis xm.
(Dari kiri : Usop, Azim, Ustaz, Sifoo Zuri, aku, Syed, Iwan)
Continue Reading...

Sep 17, 2007

Final XM (Amali) - 2

Taklimat wakil SUP IPPM
- En Aimee Shahrin

1. Isikan borang semakan calon & kehadiran taklimat peperiksaan.
- SEMAK - nama, no kp, catatkan angka giliran

angkagiliran:
*(2007 (THN) 14 (MAKTAB) 1 (KOD BULAN MASUK) 030 (KOD KURSUS KSPK ) XXX (KOD IDENTITITI CALON)

contoh : 2007141030029

2. Kehadiran hari peperiksaaan.
3. Hadir, 15 minit lebih awal.
4. Lewat, 15 minit slps peperiksaan.
5. Dah masuk dewan - x boleh keluar dewan sblm masanya kecuali KECEMASAN
Continue Reading...

Final XM (Amali)

Tarikh : Rabu -19/9.07

Taklimat : En Sazali

KERTAS 9 : PENGATURCARAAN (1_1/2 jam)
Masa : 9.00 - 10.30 pg

Tindakan student:
1. Pastikan software "deepfreeze" tak berfungsi (ada tanda X).
2. Buatkan folder kat desktop.
- folder ANGKA GILIRAN - akan diberikan pagi xm.
3. Set JAVA (KAWA):
- Langkah 1 : set BIN
- Langkah 2 : set LIB (automatik)
- Langkah 3 : set FOLDER angkagiliran
4. Jika dah siap, masukkan jawapan dlm FOLDER angkagiliran . (Backup ke "D")

Pengawas Peperiksaan - Pn Ngau dan dua org lecturer lain (IPPM) dlm makmal XM
Penyelia Peperiksaan - 2 orang lecturer (IPSAH)



KERTAS 9 : PEMBANGUNAN MULTIMEDIA (1_1/2 jam)
Masa : 11.15 - 12.45 pg

1. Soalan - tertutup
2. Kriteria soalan :
a. Soalan Wajib (PERSEMBAHAN) - 20 markah. - 40 minit
b. Soalan Pilihan (ANIMASI) - 30 markah - 40 minit
- lebih mudah
ATAU
c. Soalan Pilihan ( INTERAKTIF) - 30 markah.
- lebih faham konsep


semua jawapan disimpan dlm fail
- .flv (warna merah)
- .swf (putih/kelabu) - publish
Continue Reading...

Sep 16, 2007

Laksa Mee..... Return!

Menu berbuka ari ni ialah LAKSA MEE. Laksa mee hanya terkenal di Pantai Remis, Sitiawan dan Pulau Pangkor. Kalau tempat lain pun ada laksa mee, maka tentunya orang yang membuatkan berasal dr tempat-tempat tersebut!

Laksa mee ni sememangnya makanan kegemaran kami sekeluarga sedari kecil lagi. Mau pergi 2 pinggan penuh beb! Tersandar jadinya!.

Kesedapannya adalah gabungan sup ketam/udang, kacang panjang dan paling penting ialah sambalnya. Wow! Mem aku dah power menghasilkan LAKSA MEE. Thanks my dear!

Laksa mee yang direbus dan ditoskan

Kacang panjang dipotong halus dan campur dengan fishcake

Kacang digoreng dengan campuran kicap

Sambal yang ditumis hampir kering

Sup ketam yang ermmm...

Hidangan yang siap menanti pemakannnya!

Continue Reading...

Ulangtahun blog Warna-warni Kehidupan

Apabila tiba bulan Ramadhan ini, maka genaplah setahun blog ini. Terima kasih pada KakDah sebagai pencetus untuk memulakan dunia blog utk keluarga. Seorang demi seorang adik beradik kami mencontohi KakDah. TERIMA KASIH KAKDAH!

Paparan sedang edit untuk entri ini dalam blog.



Asalnya blog kami ini mencetuskan luahan rasa hati sesama saudara mara yang tinggal berjauhan demi tugas masing-masing. Kaedah ini sebagi jambatan merapatkan silaturahim. Tujuh beradik memainkan peranan. Akhirnya diikuti pula oleh anak-anak menakan yang semakin hebat dalam dunia ICT. Khabaran berita saudara mara seharian atau mingguan dapat diikuti di alam maya ini. Alhamdulillah.

Menjadi adat, bersawang dan menyawang...permainan blog! Sifat dan sikap kita menjadi penentu. Teruskan selagi terdaya demi berita nun jauh di sana!

azlanlin - adik bongsu!
Continue Reading...

Beday Pertama kalinya...


Pejam celik - pejam celik. sambil jari menguit-nguit keyboard...sampai juga ke 16 September. Ari ni genap le setahun riwayat blog aku. Kononnya, aku sambut ulang tahun pertama la ni.....

Segala mcam ragam dan karenah aku tempuhi. Pelbagai semangat aku lalui utk mengekalkan blog ini...Alhamdulillah...genaplah blog aku berumur setahun !
Happy birthday..


Happy birthday to you

Happy birthday to you

Happy birthday


Happy birthday to you

Happy birthday to you

Happy birthday

Continue Reading...

Sep 15, 2007

Ngerinya aku...

Sabtu : 15/09/07

Dalam perjalanan pulang aku dari bengkel, aku terkejut kerana jalan jem panjang di laluan Renggam - Kluang. Aku dah agak, tentunya ada xcident!. Maklum le, laluan ni jarang berlaku jem walaupun musim perayaan. Bila aku sampai di tempat kejadian, aku berhentikan kereta untuk melihat kejadian setelah ramai orang yang membantu. Ingatan pada aku dan pengunjung blog ini...sesamalah kita BERHATI-HATI DI JALAN RAYA! Khususnya di musim perayaan ini....

Pemandu honda di usung ke Ambulans Kluang
Pemandu Honda SR4 yang parah, kedua2 tangannya patah

Kejadian ini melibatkan 3 buah kereta. Honda SR4, Waja 2 buah. Aku agak mungkin kerana memotong di double line.! Alamak, aku pun kekadang buat camtu gak...setelah gerak hati mengatakan, ok! Jika berasa x yakin, maka aku akan follow je kenderaan di hadapan...macam mana rakan-rakan semua?


Honda SR4 - remuk bahagian pemandu

Pandangan sisi Honda

Waja 1

Waja 2
Continue Reading...

Perjalanan Sabtu

Sabtu : 15/09/07

Perjalanan sepagi dan setengah hari aku. Mem ada free ari ni dan nak ikuti perjalanan seharian kerja aku yang tak berenti-renti. Anak-anak dok umah kerana berpuasa.

Awal pagi jam 9.30 pagi dah mula keluar umah untuk menguruskan perihal bil handpone aku yg kena bar!. Alahai..... Selepas tu riki beberapa kedai utk beli barang sama ada Oven atau Microwave - mem semakin berminat nak buat cookies! Utk raya katanya... maklum le utk tempahan menjahit thn ni disekat-sekat sikit...sebba nak rehat sikit thn ni katanya.

Selepas tu ke kedai sparepart amik ovehaul set utk perdana lama - order dr Giat Mara.

Then, Ijan call utk order barang. Kena ke kedai potong body- New Hongun - Kedai di Jalan Mersing! Bergegas le aku ke sana utk nengok2 rupa paras barang yang nak amik. Order saja! Lewat tengahari aku datang semula setelah siap dikumpulkan!

1. Head Mazda complate set.
2. Power Stearing Box - Honda EX


Mem siap posing di kedai potong body!

Aku jugak amik peluang


Sesampai di bengkel, jenuh jugak pomen2 dok melayan kete.. sabor je ler... bila aku nengok keadaan nih, aku teringat le kat Nissaan aku. Ada perkembangan ke?




Enjin Nissan 1.6 Twincam (BlackTop) dah duduk kat posisinya, siap ada penimbang air lagi utk dptkan kedudukan yang tepat. Wiring pulak gamaknya lepas nih!
Continue Reading...

Sepetang Jumaat

Puasa kedua di Melaka dapat diikuti oleh anak-anak. Mak Tam cadangkan aku bawa anak-anak ke bandar Melaka sbb mereka nak tengok tempat-tempat menarik setelah diaorang xplore kat internet sebelum ni kat Kluang. MakTam dapat le mnyediakan juadah berbuka dengan Mak Bariah. Maka petang tu aku membawa anak-anak meronda bandar Melaka. Sekadar melawat dan bergambar. Untuk menghayatinya belum lagi kerana masa tak banyak.

Jam 5.00 petang aku bergerak di FBS melalui Selandar - Durian Tunggal - Batu Berendam dan terus ke bandar Melaka. Kami 4 beranak terus ke Bandar Hilir, di situlah banyak tempat2 yang menarik.


Jika naik beca ni, sekali tawaf di kawasan sekitar cuma RM10.00 untuk pergi dan balik dari Kapal Besar melalui A Famosa dan berpatah balik.


Sempat le aku menerai topi koboi yang dijual kat situ. Maklum le peniaganya takde. Bila aku ternampak tuan punya gerai yg berbaju merah kat belakang nun, cepat2 Amira snap gambar. Then sempat le berborak ttg penghasilan topi tu dengan peniaganya. Cover line...hheheheh....


Anak-anak aku mcm bergambar kat Belanda jer...dihiasi bunga-bungaan yang berwarna warni.


Saja ajak anak-anak bergambar dengan berlatar belakangkan "Kapal Besar", kata Amira.



Kami lajak pula ke Dataran Pahlawan. Cuma sekadar berhenti untuk bergambar. Tidak pula untuk meronda-ronda. Maklum le masa suntuk.


Akhirnya kami sampai juga ditempat yang boleh meronda-ronda. A Famosa tempatnya kat atas bukit. Sebelum tu bergambar le dulu kat depan Bangunan Sejarah Kemerdekaan.


Kat depan Gerbang A Famosa. Ketika ini ramai pelancong dari negara China.


Ketiga-tiga beradik memanjat tangga untuk naik ke atas bukit ke arah bangunan (apa ntah namanya).

Kami lajak pula ke Perkampungan Portugis tetapi tidak bergambar kerana masa semakin suntuk. Di sana ada satu kejutan.

"Ayah, bahasa apa yang diaorang nyanyi tu ayah?", tanya Amirul apabila mereka mendengar nyanyian lagu berbahasa Portugis yang dimainkan di kawasan Muzium Portugis. Kami tidak singgah langsung di kawasan itu. Just pusing-pusing guna kereta jer....

Selepas itu, kami lajak ke Perigi Hang Tuah di Duyong. Sayangnya, tiada singboard langsung di kawasan perigi tu. Sebelum ini, semasa aku ke sana dengan Zuri, kami ingatkan kawasan itu ada anjung rumah orang. Bila ditanya pada peniaga di kawasan itu, barulah aku tahu, itu adalah Perigi Hang Tuah. Mana le signboardnya. EXCO Perlancongan negeri Melaka terlepas pandang kut.
3 beradik bergambar berlatarbelakangkan gambar peristiwa 5 sekawan dianugerahkan pertabalan sebagai Panglima Melaka ketika itu.
Inilah rupabentuk Perigi Hang Tuah. Aku dapat penerangan daripada peniaga di kawasan itu bahawa, air di perigi ini tak pernah kering walaupun Melaka ditimpa musim kemarau. Hairan juga aku, kawasan itu adalah kawasan berbukit. Maknanya mata air di perigi tu agak "power" la kut. Hehehhehe.

Akhirnya, tiba juga masanya untuk kami bergerak pulang. Semasa melalui jalan menuju ke FBS. Aku beri peluang ketiga-tiga anak aku memandu kereta kancil. Seronok tak terkira. Mula-mula Amir, Amirul dan akhirnya Amira. Ada banyak peristiwa lucu semasa ketiga-tiga beradik ni memandu. Seronok tak terkata diaorang apabila dapat memandu.
Continue Reading...
 

Blog Archive

About Me :

My Photo

sebelum ini:
15,jln perwira 1/9,
tmn titiwangsa,
86000 kluang,jhr
(kini)
no9, jln pelangi 2,
Tmn pelangi,
tjg malim.
Email : azlanlinn@yahoo.com
Tel : 019-7779327

E-Journal

Pendidikan ::

* Bahagian Tajaan - Blog
* Bahagian Tajaan - Rasmi
* MPM
* KPM
* Kemudahan OKU
*

target="_blank"

Text

Klik Banner

Warna-warni Kehidupan Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template