Nov 10, 2007

Racun Minda

Meh kita pakat2 komen...apa itu RACUN MINDA dalam kepala hotak orang melayu ni...mcm kata PakLah...masing2 ada pendapat dan pandangan...cuba le komen...

6 Coretan Lain:

arsaili on 11/10/2007 10:14 AM said...

racun minda = PhD

Anonymous said...

Pandangan 1:

Bagaimana pula, bila yang meracun itu menyangka mereka sedang membunuh semua lalang dan semak samun yang sedang berladang minda...

Dah...apa ke hal pulak tu??

Pandangan 2:

Bila yang bijak pandai mengatakan minda Melayu penuh racun...tetapi kalau sebenarnya mereka tu keracunan minda?

Pandangan 3:

Alamak...apa pula kalau yang yang disangkakan racun minda itu adalah penawar yang bakal mengegarkan dunia dengan pencapahan minda yang berkembang pesat...

Pandangan 4:

Kut-kut la...Orang Melayu je yang selalu disangkakan kena buang racun minda...abis tu yang bukan Melayu..camna pulak?? Hish...Adakah kejayaan diukur dengan berapa juta RM dalam akaun, berapa besar rumah batu dan berapa biji kereta mewah yang tersadai di garaj?

~ Aku budak kampung jerr..Manala aku tahu!

Unknown on 11/11/2007 1:36 AM said...

Salam Azlanlin...
OD setuju cakap Arsaili walaupun mamat tu nak ambik PhD kat Oz... ngeh.
Setiap orang boleh mentafsir mengikut cita rasa sendiri. Yang sensitif sikit, mungkin akan berasa marah dan lawan balik. Itu sudah jadi racun yang tidak semena-mena merosakkan minda sendiri.

Apa kata kalau kita tengok dari perspektif lain.
- Pak Lah mengajak kita bersaing dengan sihat. Bersaing makna bekerja dan merebut peluang yang ada tanpa rasa cemburu. Rezeki setiap manusia sudah ditetapkan oleh ALLAH. Usaha sahaja.
- Pak Lah sebut Melayu kerana dia pentingkan bangsa Melayu. Bukannya bangsa lain tak ada yang beracun mindanya, tapi Pak Lah orang Melayu. Kita kena faham apa maksud kata-katanya. Kalau kita salah tafsir, maka salahlah jadinya. Kalau kita tafsir secara positif, bukan sahaja minda kita bersifat positif, keadaan hidup kita pun menjadi positif.
- Kejayaan adalah pencapaian seseorang. Kalau susah, nak makan pun kena fikir banyak kali... apakah itu namanya pencapaian dan kejayaan?

Terpulanglah. Bagi OD, bila orang cakap, tafsir dan faham betul-betul sebelum melenting marah.

Anonymous said...

Mungkin ini yang dimaksudkan oleh Pak Lah ~

Yang mempengaruhi minda/semangat kita bukanlah faktor-faktor dari luar, melainkan dalam hati kita sendiri. Sebelum berusaha, kita sudah dikalahkan oleh diri kita sendiri. Biarpun ada banyak bantuan yang diberikan kepada diri kita, ia tetap tidak akan membantu jika kita berfikiran negatif (yang dikatakan racun minda) setiap masa...

Aku budak kampung jerr..manala tahu!

Anonymous said...

Tak yah le ambik kata2 pak lah tu, nak label org melayu apa lagi dulu malay delema sekarang racun minda pulak. Hentikanle bodek pemerintah. Berjaya tu subjektif. Habis tu tiap2 pagi tv duk tayang motivasi racun apa pulak. Sudah le jgn jadi beruk2 yg kutip kata2 org aje. Lepas tu angguk dan komen yg melambung2. Hentikan le zaman tu dah berlalu.

azlanlin on 11/11/2007 11:30 AM said...

Pandangan saya:

Racun diistilahkan sebagai sesuatu yang mematikan. Maka yang mematikan minda banyak aspek. Aspek yang terlibat kebanyakannya ada dlm minda separuh sedar kita yang akan merangsang minda dan tingkahlaku kita.

1. Berminda negatif:
Setiap sesuatu perkara akan dilihat dari sudut negatif, akan merangsang minda kita memikirkan ke arah sesuatu yg negatif. Maka..apa saja yang dilakukan sama ada berisiko kecil atau besar akan sentiasa di pandang sudut negatif...
KATA NENEK : semakin besar risiko, akan menghasilkan pulangan yang besar...betul ke?

2. Malas / meLAYU
Dua perkataan ini amat sinonim apabila dibicarakan seumpama sahabat karib. 'Kita' ni, suka ambil jalan mudah, x mau menempuh yg susah2, kalu boleh 'goyang kaki' je masuk duit (berlainan dgn tukang jahit), suka dok bersantai2 - sentiasa memikirkan masa rehat, x mau memikirkan sesuatu yg sukar menjadi mudah, suka lari daripada masalah, mencari escapisme - sebagaimana Orang Laut yg mudah menerima kehadiran Parameswara tanpa memikirkan KETUANAN yang bakal HILANG!

3 DENGKI:
Ramai rakan tertanya2 ttg OKU saya.hehhehe. Tak kurang juga yg mengatakan MENGAPA MENGAMBIL HAK ORG LAIN?.Menarik persoalan ini. Hakikatnya, saya sememangnya layak mendapat OKU (berdasarkan pengesahan doktor).Orang yg mengetahui keOKUan saya saja yg mengetahuinya. Hahahahhah. Maka selayaknya saya mengambil/menggunakan/merasai peluang yg ada utk OKU. Ehh..betul ke aspek ni dikategorikan dengki ttg persoalan.

P/S: apa2 pun cuba kita melihat sesuatu dari sudut positif dlm byk hal, secara automatik, kita akan bergerak mengikut laluan positif seperti yg terdapat dalam MINDA SEPARUH SEDAR kita!

~ ada sesapa yg nak komen lagi? Komen le....

 

Blog Archive

About Me :

My photo

i'm everywere
Email : azlanlinn@yahoo.com

E-Journal

Pendidikan ::

* Bahagian Tajaan - Blog
* Bahagian Tajaan - Rasmi
* MPM
* KPM
* Kemudahan OKU
*

target="_blank"

Text

Klik Banner

Warna-warni Kehidupan Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template