Sep 3, 2007

Pemangkin Anakkah Kita?

Didikan ibu bapa penentu kejayaan anak

Oleh : Wan Marzuki Wan Ramli


SETIAP kali anak menduduki peperiksaan penting baik di sekolah rendah, menengah atau di peringkat pengajian tinggi, ibu bapa yang prihatin akan turut merasakan ketegangannya. Pada saat begini, ibu bapa biasanya akan mengambil pelbagai usaha bagi memastikan anak memperoleh kejayaan cemerlang dalam peperiksaan yang diduduki. Kejayaan dalam peperiksaan sering digunakan sebagai kayu pengukur untuk melihat keupayaan seseorang anak. Ia juga tiket menentukan peluang mereka melanjutkan pendidikan ke peringkat lebih tinggi.

Sebagai ibu bapa, kita bertanggungjawab mempersiapkan mereka daripada segi mental, fizikal, emosi dan rohani. Antara caranya ialah:

Mewujudkan kemesraan dan bersikap tegas ketika mendidik mereka.
Memberi/menerima cinta tanpa syarat.
Menerima kritikan membina daripada mereka.
Mewujudkan suasana di mana mereka berasa dimiliki.


Pada masa sama, kita juga patut mengelakkan diri daripada mengulangi kesilapan yang sering dilakukan ibu bapa iaitu:

Tidak membentuk anak supaya bercita-cita tinggi.
Tidak membantu anak menetapkan matlamat jangka pendek dan panjang.
Tidak membantu anak mengurus masa dengan bijak.
Tidak menyediakan jadual waktu.
Tidak peduli jika anak tiada keyakinan diri atau bersemangat.
Meletakkan harapan terlalu tinggi kepada anak.
Kurang berdoa.


Ibu bapa boleh menggalakkan anak belajar secara berkumpulan. Kaedah ini lebih berkesan kerana biasanya mereka dapat bertukar fikiran dan bersoal jawab jika ada perkara kurang jelas. Lagipun, suasana pembelajaran begini tidak membosankan atau boleh membuat mereka mengantuk.Pelbagai kegiatan yang boleh mereka lakukan bersama seperti berkongsi nota, membanding jawapan, merumus sesuatu idea dan bersaing sesama sendiri secara sihat.

Ibu bapa juga tidak seharusnya memaksa anak belajar berterusan tanpa berehat atau beriadah. Dikhuatiri jika terlampau menerima tekanan, anak boleh sakit ketika hari peperiksaan. Ini pasti menjejaskan keupayaan mereka menjawab soalan.Sebagai ibu bapa yang ingin melihat kejayaan anak, kita boleh membantu meletakkan sasaran yang bersesuaian dengan kemampuan mereka. Contohnya, berapa muka surat yang boleh diulang kaji setiap hari atau berapa jam sehari untuknya belajar secara berkesan. Jika ini dilakukan secara berterusan, dengan izin Allah SWT, anak tidak akan panik menjelang minggu peperiksaan.

Tekanan biasanya dialami apabila anak kecewa kerana tidak dapat memenuhi kehendak ibu bapa. Jadi, tidak mustahil jika tidak lama dulu kita dikejutkan dengan kes kanak-kanak sekolah rendah membunuh diri kerana mendapat keputusan kurang baik dalam peperiksaan. Ibu bapa hari ini boleh dikatakan begitu mengambil berat kemajuan anak. Malangnya, hasrat murni ibu bapa belum mencapai tahap memuaskan. Ini kerana anak hari ini sama ada di bandar atau kampung didapati kurang berminat untuk mencapai kejayaan cemerlang dalam pelajaran.

Peluang untuk masuk ke institusi pengajian tinggi berdasarkan merit. Sektor pekerjaan tentu akan terbuka luas kepada calon yang cemerlang. Jika mereka masih leka dan selesa dengan apa yang ada, pasti anak kita akan ketinggalan dalam pelbagai bidang. Pelajar hari ini kelihatan semakin kurang menunjukkan minat membaca. Masih ramai pelajar yang menjadikan buku hanya teman ketika menjelang peperiksaan, sedangkan budaya membaca perlu dipupuk dan dijadikan amalan harian.Sebagai permulaan, ibu bapa perlu menyediakan satu ruang atau bilik di rumah masing-masing sebagai tempat anak belajar dan membaca.

Boleh dikatakan sebilangan besar keluarga mempunyai bahan bacaan di rumah. Bahan ini ada yang disusun dan diguna dengan sempurna dan tidak kurang pula yang tidak dijaga baik.Ibu bapa perlu berusaha menyusun bahan bacaan sebagaimana mereka menyusun perhiasan di ruang tamu supaya ia dapat dimanfaatkan anak dari masa ke semasa. Bukankah ayat pertama turun kepada Rasulullah ialah: “Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan.” (Surah al-Alaq, ayat 1) Ibu bapa memainkan peranan penting dalam mewujudkan budaya membaca. Ibu bapa yang gemar membeli bahan bacaan dan membaca akan menjadi ikutan anak.

Berdasarkan itu, ibu bapa perlu menjadikan membaca sebagai kegiatan seisi keluarga seperti solat, makan dan bercuti bersama. Dalam satu hadis riwayat Abu Nai'm daripada Ibnu Abbas, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Manusia yang terdekat kepada darjat kenabian ialah orang yang berilmu dan berjihad. Ada pun yang berilmu, maka mereka memberi petunjuk kepada manusia daripada apa yang dibawa nabi. Dan yang berjihad, mereka berjuang dengan pedang bagi membela apa yang dibawa nabi.”Kesimpulannya, peranan ibu bapa adalah sebagai pembimbing dan pendorong kepada kejayaan seseorang pelajar.

Apa pun perancangan yang dibuat, jika pelajar sendiri tidak bersikap positif dan memandang serius nasibnya, nescaya segala-galanya akan sia-sia saja. Banyakkan melakukan amalan kerohanian seperti berpuasa, solat hajat, berdoa dan membaca surah Yassin ketika anak menduduki peperiksaan. Amalan ini dapat membantu memberi semangat dan keyakinan kepada mereka. Seterusnya bertawakal kepada Allah SWT selepas kita melakukan pelbagai usaha bagi mencapai apa yang dihajatkan. Firman Allah yang bermaksud : “Apabila kamu bercita-cita maka bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah mengasihi orang yang bertawakal”.

Agar ia menjadi renungan kita bersama!

1 Coretan Lain:

Pak Ngah: on 9/08/2007 3:04 PM said...

:: anak2 sewajarnya diajar dan dididik mengikut zamannya.

Pak Ngah:

 

Blog Archive

About Me :

My photo

i'm everywere
Email : azlanlinn@yahoo.com

E-Journal

Pendidikan ::

* Bahagian Tajaan - Blog
* Bahagian Tajaan - Rasmi
* MPM
* KPM
* Kemudahan OKU
*

target="_blank"

Text

Klik Banner

Warna-warni Kehidupan Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template