Sep 5, 2007

Dikejar teknologi...

Hambatan era teknologi sememangnya memenatkan. Kita perlu berlari pantas, sepantas kepesatan perkembangan teknologi. oleh itu, pengorbanan amat memerlukan utk kita terus berada dlm arus perdana teknologi!

Awal tahun lalu, aku mula berjinak dengan mobile internet menggunakan laptop Acer aku. Aku mula membeli datacard celcom. Kelajuan internetnya sekadar 384 kbps.
Rupabentuk datacard Celcom 3G
Datacard tu dicucuk kat sebelah kiri laptop Acer aku
Ketika itu aku rasa dah cukup laju capaian internetnya! Sayangnya laptop Acer aku dah rosak pulak dah. Pada aku amat memerlukan laptop semasa aku ikuti kursus KSPK-TMK. Laptop bg aku seumpama hp bagi kebanyakan orang. Maka aku bergegas ke Lowyat dan membeli laptop twinhead.

Sayangnya, laptop baru aku tak boleh gunakan datacard tu..... Jenuh le jadinya. Maka semalam aku jualkan datacard pada member aku jer. Kebetulannya, mobile online amat perlu kerana line internet di maktab agak merudum. Oleh itu, hari ni aku ngan Rasbee ke Dataran Pahlawan utk aku riki datacard baru yang menggunakan port usb. Akhirnya hati aku ternoda jua dengan kecunan datacard baru.... Kelajuan capaian internetnya mencecah 3.6 mbps. Menarik!





Rupa bentuk Datacard USB Port. Menarik!

Sekarang ini aku boleh online di mana-mana saja selagi ada line Celcom. Jika ada line 3G, bertambah power ler. Wakakaka. Alhamdulillah, mudah le jika aku nak online di bengkel aku..utk aku siapkan website utk bengkel aku...tapi bila nak siap haaaa?

1 Coretan Lain:

TokNabe on 9/05/2007 10:39 PM said...

Selamat mem'upgrade'dan mengguna kembali datacard.Moga boleh digunakan untuk faedah2 yang lebih bermanafaat.Dah dapat kembali akses internet menggunakan datacard ni umpama seorang anak yang baru mendapat "kaki!" adanya.

 

Blog Archive

About Me :

My photo

i'm everywere
Email : azlanlinn@yahoo.com

E-Journal

Pendidikan ::

* Bahagian Tajaan - Blog
* Bahagian Tajaan - Rasmi
* MPM
* KPM
* Kemudahan OKU
*

target="_blank"

Text

Klik Banner

Warna-warni Kehidupan Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template