Aug 18, 2007

Pucuk Mati?

Kes mati pucuk terus meningkat di tiga negeri

(Sumber : Utusan Malaysia)


KOTA BHARU 16 Ogos – Sebanyak 35 peratus lelaki berumur 40 tahun ke atas di Pulau Pinang, Kedah dan Perlis menghadapi masalah mati pucuk.


Perunding Urologi Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC) Dr. Peter Ng Eng Pin berkata, rumusan itu dibuat berdasarkan satu kajian yang dilakukan tahun lalu di tiga negeri terbabit.


Katanya, kajian juga menunjukkan jumlah lelaki penghidap mati pucuk di negara ini hampir sama dengan keseluruhan rakyat Amerika Syarikat yang menghadapi masalah serupa.


Beliau yang menyifatkan peratusan itu begitu tinggi berkata, masalah tersebut berlaku disebabkan kebanyakan lelaki malu untuk berjumpa doktor dan membuat pemeriksaan kesihatan.


Katanya, lebih memburukkan keadaan apabila mereka cuba mengubatinya secara bersendirian dengan mendapatkan bahan ubat-ubatan atau kaedah rawatan yang tidak diperakui pihak berkuasa.


“Punca utama perkara ini berlaku adalah disebabkan amalan cara hidup tidak sihat seperti merokok dan minum minuman keras di samping peningkatan penghidap diabetes dan sakit jantung yang amat terdedah dengan masalah mati pucuk.


“Ia menjadi bertambah teruk apabila lelaki malu untuk bertemu dengan doktor disebabkan ego mereka,” katanya.


Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Persidangan Kesihatan Seksual anjuran Persatuan Kesihatan Keluarga Univesiti Sains Malaysia (USM) di sini, hari ini.


Persidangan kali pertama itu dihadiri kira-kira 200 doktor dan pengamal perubatan Alternatif.
Dr. Peter berkata, kebanyakan lelaki juga percaya masalah seksual termasuk mati pucuk boleh diubati dengan rawatan alternatif.


“Kajian saintifik menunjukkan hanya Viagra dan ginseng merah Korea sahaja mampu menyelesaikan masalah ini, bagaimanapun pengambilan akar kayu atau kemaluan harimau tidak memberikan sebarang kesan,” jelasnya.

Harimau atau

hari-hari mau?


Menurutnya, persepsi masyarakat perlu diubah bagi memastikan masalah tersebut dapat diatasi.

Seks merupakan sesuatu yang sensitif untuk dibincang oleh masyarakat di negara ini tetapi kebanyakan KITA LUPA bahawa ia memberikan kesan kepada emosi dan tingkah laku kita,” katanya. (Kenapa kita menjadi sensitif? Adakah kerana pembentukan budaya dan adat ketimuran yang membuatkan malu-malu kucing? - pandangan penulis -)



Tambah beliau, kajian menunjukkan seramai 113 juta penduduk Asia dijangka menghadapi masalah mati pucuk pada tahun 2025.



Sila beri komen anda? EFarmasi?

0 Coretan Lain:

 

Blog Archive

About Me :

My photo

i'm everywere
Email : azlanlinn@yahoo.com

E-Journal

Pendidikan ::

* Bahagian Tajaan - Blog
* Bahagian Tajaan - Rasmi
* MPM
* KPM
* Kemudahan OKU
*

target="_blank"

Text

Klik Banner

Warna-warni Kehidupan Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template