Aug 19, 2007

Pagi yang menarik!

Pagi ini, mood agak menarik, maklum le cuti sekolah bermula. Aku diajak oleh mem untuk mngemas bilik bacaan kami. Mcm biasa, aku akan jadi "pencuri", ikat sapu tangan kat muka (hidung dan mulut). Aku memang elergi dengan habuk, kompom aku selsema.

Barang-barang aku, mesti aku yang kemaskan kerana hanya aku je yg tahu ianya penting atau tidak. Jika orang lain yang kemaskan barang-barang aku....ngaruk aku jadinya!. Itu le tabiat aku. Mem aku memang faham sangat. Selalunya, barang-barang aku bersepah-sepah, nak buat camne, itu lebih memudahkan aku mengingatkan di mana aku letakkan sesuatu barang. Jika tersusun kemas, boleh le tahan dalam sehari dua dan kompom aku tercari2 di mana aku letakkan sesuatu barang.

Akhirnya, berlaku sesuatu yang menarik. Seingat aku, semasa awal tahun lalu sebelum aku ikuti KSPK-TMK d IPPM Melaka, aku sefamili ke Batu Pahat utk menjamu mata sempena PC Fair. Kami lajak di Kedai Buku Popular kat Summit. Semasa melayan anak2 cari buku diaorang, aku terpandang sebuah buku dan aku cadangkan untuk mem aku.

"Mcm menarik buku ni", kataku sambil menghulurkan kepada mem aku. Mem aku tersenyum.

Aku membayar harga buku tersebut dan buku-buku anak2 aku. Buku yang dibelikan memang khas untuk mem aku..... mcm menarik jer...

masa berlalu beberapa bulan.......

"Eh, bila kita beli buku ni yang?", tanya aku.

"Buku ni la tak jumpa...rupanya, Amira letakkan kat rak buku dia", balas mem aku.

Sambil aku mengemaskan barang-barang aku, mem membaca buku tersebut sambil duduk kat kerusi komputer. Aku pulak jadi pendengar setia sambil mengelaskan barang-barang yang nak dibuang. Sambil baca sambil ketawa dan tersenyum kami berdua. Ada terkena batang hidung dan ada tertelan sendiri. Menarik tu!. Bagi aku la, buku tersebut sesuai untuk dibaca bersama oleh suami isteri dengan minda terbuka khususnya di waktu bersantai.


SINOPSIS:

Hati lelaki seperti besi.Betul kuncinya, terbukalah hati dan nampaklah segala isi. Kuncinya ada di sini. Di dalam buku ini.

Melembutkan hati lelaki adalah seperti melembutkan warna-warna garang kepada warna-warna harmoni yang mendamaikan hidup kepada pasangan. Apakah tip-tip melembutkan hati lelaki? Kebanyakan pasangan yangditemui, mempunyai pendekatan-pendekatan praktikal bagi melembutkan hati pasangan mereka yang tersendiri.

Siapa menyangka segelas air suam mampu mempertahankan perkahwinan melebihi 30 tahun. Ini perkara hebat bagi wanita mengetahui rahsia di sebalik segelas air yang mampu melembutkan hati lelaki yang dikasihi.

Ingin tahu bab-bab yang ada dalam buku ini, sila KLIK DI SINI.

0 Coretan Lain:

 

Blog Archive

About Me :

My photo

i'm everywere
Email : azlanlinn@yahoo.com

E-Journal

Pendidikan ::

* Bahagian Tajaan - Blog
* Bahagian Tajaan - Rasmi
* MPM
* KPM
* Kemudahan OKU
*

target="_blank"

Text

Klik Banner

Warna-warni Kehidupan Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template