Jul 30, 2007

Mengendalikan Masalah dalam Hubungan Peribadi


Sinopsis:


Panduan penting yang mudah dibaca dan diamalkan bagi pasangan yang berhasrat meningkatkan lagi mutu hubungan peribadi.


Peranan komunikasi dalam perkahwinan sudah lama dibincangkan dalam pelbagai seminar dan ceramah oleh tokoh-tokoh kaunseling keluarga dan pakar-pakar motivasi. Buku ini kami tulis bagi memenuhi keperluan masyarakat bagi sebuah buku yang menerangkan faktor-faktor dan teknik-teknik komunikasi yang salah dan yang betul bagi mengendalikan masalah dalam hubungan suami isteri.


Masyarakat kita sedang mengalami perubahan-perubahan besar akibat proses pemodenan dan pembangunan ekonomi. Pelbagai proses perubahan sedang berlaku ke atas individu-individu Melayu. Setiap perubahan itu membawa pelbagai kesan positif dan negatif. Salah satu kesan perubahan itu menjejaskan nilai-nilai sosial individu, dan nilai-nilai baru itu mempunyai kesan mendalam kepada kehidupan perkahwinan dan kekeluargaan.


Sebagai contoh, dalam masyarakat moden hari ini, tujuan individu berkahwin adalah untuk mencapai kebahagiaan peribadi, bukan lagi kerana didorong oleh keperluan biologi semata-mata, atau kerana desakan ekonomi atau kerana memenuhi ajaran agama.


Akibatnya, jumlah perceraian meningkat kerana faktor ‘tidak bahagia’ yang dialami oleh individu.Kami berharap, dengan adanya buku ini, suami isteri dapat mengurangkan salah satu faktor punca tidak bahagia dalam perkahwinan, iaitu faktor kemahiran berkomunikasi. Menurut laporan pakar-pakar kaunseling rumah tangga, faktor komunikasi adalah faktor paling penting di dalam masalah krisis rumahtangga.


Kami mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada mereka yang membantu penyediaan manuskrip buku ini sesuai untuk penerbitan. Mereka ialah Puan Jamaayah Bt. Mohammad, Cik Loh Kim Foong, Puan Salamah Sohod, Cik Juhaidah Bt. Abd. Jabar, Cik Rosenerawati Bt. Noh dan Cik Hasmatoniza Bt. Mohamad Amri. Ainon Mohd. & Abdullah Hassan

2 Coretan Lain:

MisZLyd on 4/29/2014 9:41 PM said...

Mcamana saya nk dptkan buku tersebut

MisZLyd on 4/29/2014 9:55 PM said...

Mcamana saya nk dptkan buku tersebut

 

Blog Archive

About Me :

My photo

i'm everywere
Email : azlanlinn@yahoo.com

E-Journal

Pendidikan ::

* Bahagian Tajaan - Blog
* Bahagian Tajaan - Rasmi
* MPM
* KPM
* Kemudahan OKU
*

target="_blank"

Text

Klik Banner

Warna-warni Kehidupan Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template