Jun 17, 2007

Pulang ke pangkal jalan

(...sambungan)

Selasa : 05/06/07 - Pantai Remis dan ke Johor

Jam 9.00 pagi, aku mula bergerak ke keluar dari Kg Bumi Hijau, Pengkalan Bharu untuk kembali ke Johor. Aku singgah sebentar di Batu 51, Pantai Remis. Teringat kat Mak Ngah Minah dan Pak Ngah Can. Sambil tu nak jengah juga umah pusaka tempat kami adik beradik berkumpul apabila bercuti.

Aku terus je ke umah Mak Ngah Minah. Jenuh juga bagi salam sebab dia dok berborak ngan Makcik Esah kat dapur.

"La...awat hang tak habag awai-awai kata nak mai. Kalau tidak, boleh jugak buat laksa mee", kata Mak Ngah Minah yang salah sorang pakar buat laksa mee. Terangkat bebbb...

Aku dok bercerita la kejap ngan Mak Nah Minah. Pak Ngah Can dah awal-awal pagi keluar rumah. Selepas tu, aku masuk kejap umah pusaka. Then pergi petik buah mempelam telog. Semasa itu la, Pak Can pun baru sampai umah. Berborak la kejap. Badan Pak Ngah Can susut sungguh kerana kencing manis katanya. Kesian gak aku tengok.

Selepas tu...aku pun terus bergerak ke Johor lebih kurang jam 11.00 pagi.

Jam 7.00 malam aku sampai di Melaka. Aku singgah di Maktab untuk ambil borang PPK, kerana member aku nak jugak. Siap mandi dan sembahyang Magrib kami sekeluarga dalam bilik hostel aku. Pakcik jaga maktab tu terkejut kerana aku sampai awal. Dia ingatkan aku tersilap. Hahahhahah. Jam 8.30 malam aku bergerak terus ke Johor. Sempat juga aku bagi buah tangan, mempelam telog dan mempelam epal kat pakcik jaga maktab tu. Rezeki dia. Jam 11.30 mlm kami sampai di Kluang. Anak2 terus tidur sebab letih. Kebetulan jam 12.oo mlm, Zahrain call aku ajak ngeteh, apa lagi.....keluar ngeteh pulak aku.....

Perjalanan aku merentasi negeri utk sat pusingan tawaf Semenanjung tercapai juga. Alhamdulillah. Luas perjalanan, byk pengalaman. Pelbagai pengalaman yang aku tempuhi sepanjang perjalanan tersebut. Dapat juga aku ilmu yang 10% jarang dilihat oleh orang lain. Alhamdulillah.

0 Coretan Lain:

 

Blog Archive

About Me :

My photo

i'm everywere
Email : azlanlinn@yahoo.com

E-Journal

Pendidikan ::

* Bahagian Tajaan - Blog
* Bahagian Tajaan - Rasmi
* MPM
* KPM
* Kemudahan OKU
*

target="_blank"

Text

Klik Banner

Warna-warni Kehidupan Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template