May 23, 2007

Pintu baru...

Pagi:
Ari ni ada test ttg java script dalam bilik kuliah. Bab programing tu yang aku tak berapa gemor keadaan tu. Lacturer pun cukup licik, ada ka patut bagi soalan yang berbeza dgn member sebelah. Awalnya, tension jugak...hehhe biasa la beb. Tak boleh nak jeling-jeling ayam... Bila dilihat skrip2 java dlm simpanan komputer, ada pulak yang mengena...alhamdulillah. Bab editing yang lama dijadikan versi baru...serah kat aku la. Apa lagi...tak buang masa la...Canteekkk..skrip untuk soalan tu..alhamdulillah. Sattle.
T/hari :
Ari ni juga mem aku ke Uitm Segamat. Dia menerima Anugerah Inovasi Peringkat Negeri Johor bagi tempat ke3. TAHNIAH untuknya!.
Dalam kuliah, belajar Sony Vegas untuk membuat montaj, amat menarik. Memang ilmu ni yang ingin aku cari... bukannya bab-bab programer, mantul kepala aku. Banyak ilmu baru yang aku perolehi.
Petang:
Aku bergerak ke FBS, umah mak mertua. Di sana ada anak2 dan mem aku. Apa lagi....laju le aku ke sana. dapat juga pekena mee sup. Rezeki....
Dalam perjalanan ke FBS, aku dpt sms drp Rahman Pangkog yang kini bermesyuarat d Hotel Seri Cortia, Melaka. Dia ni salah sorang pegawai PPK unit ICT.
"Jam 10 mlm, aku abis keje. Kalu ada masa, datang amik aku.Kita pegi Umbai. Borang ada pada aku." SMSnya agak ringkas dan padat ngan maklumat.
Mlm:
Jam 9.00 mlm aku jumpa Rahman. Berderau gak jantung aku bila dia serahkan "borang" yang dipesan. Bawa group Rahman ke Umbai pekena ikan bakar.
Lepas balik dr Umbai, aku, Din (Unit ICT), Man (Unit ICT) dan Zaiton (Unit Bahasa) sambung borak kat restoran depan hotel tu. Banyak perkara juga kami borakkan. Macam-macam isu dan pengalaman yang diaorang dah tempuhi. Ada masam, manis dan pahit. STANDARD laaa.
Jam 2 pagi baru aku tiba ke IPPM. Apa2 pun aku dah standby "milo panas" untuk guard IPPM. Penyejuk tekak telah dibawa pulang dalam bungkusan untuk guard yang kepanasan kerana terpaksa bangun dari tidur2 ayam semata-mata untuk buka gate. Biasa le banggg...

0 Coretan Lain:

 

Blog Archive

About Me :

My photo

i'm everywere
Email : azlanlinn@yahoo.com

E-Journal

Pendidikan ::

* Bahagian Tajaan - Blog
* Bahagian Tajaan - Rasmi
* MPM
* KPM
* Kemudahan OKU
*

target="_blank"

Text

Klik Banner

Warna-warni Kehidupan Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template