May 23, 2007

Kenaikan Berdasarkan Gaji Pokok Semasa, Kata KSN

22 Mei, 2007 12:39 PM


PUTRAJAYA, 22 Mei (Bernama) -- Kenaikan gaji kakitangan awam yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi semalam adalah berdasarkan gaji pokok semasa mengikut gred masing-masing, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan.Sebagai contoh, kakitangan dalam Kumpulan Sokongan II yang menikmati gaji pokok RM1,000 sebulan, akan menerima RM1,350 mulai 1 Julai ini berdasarkan kenaikan gaji 35 peratus bagi kumpulan itu, katanya pada satu sidang akhbar ketika diminta mengulas mengenai formula pengiraan gaji baru itu, sama ada ia berdasarkan gaji pokok permulaan atau gaji pokok semasa.

Perdana Menteri semalam mengumumkan kenaikan gaji antara 7.5 peratus dan 35 peratus bagi kakitangan awam dan kenaikan antara 9 peratus dan 42 peratus kepada anggota polis dan tentera berkuatkuasa Julai ini.Mohd Sidek berkata kenaikan gaji yang diberikan itu besar daripada segi kuantumnya, dan anggota perkhidmatan awam seharusnya berterima kasih kepada kerajaan."Pemberian terima kasih ini perlu diterjemahkan pula oleh anggota perkhidmatan kepada peningkatan produktiviti dan kualiti bekerja serta berusaha lebih gigih untuk memperbaiki lagi sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan," katanya pada sidang akhbar itu yang diadakan khas berhubung pengumuman kenaikan gaji anggota perkhidmatan awam.Mohd Sidek berharap mutu perkhidmatan dan produktiviti akan meningkat dengan meluas dan ketara setimpal dengan kenaikan gaji itu.


Turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam, Tan Sri Ismail Adam.Selain kenaikan gaji, Abdullah turut mengumumkan tambahan 100 peratus bagi kadar Bantuan Sara Hidup (COLA) juga berkuatkuasa 1 Julai ini.Gaji pokok Kumpulan Sokongan II (Gred 1 hingga 16) dinaikkan 35 peratus; Kumpulan Sokongan I (Gred 17 hingga 40) sebanyak 25 peratus; Kumpulan Pengurusan Profesional (Gred 41 hingga Gred 54) sebanyak 15 peratus dan Kumpulan Pengurusan Tertinggi (Jawatan Utama Sektor Awam hingga Ketua Setiausaha Negara) sebanyak 7.5 peratus.Anggota Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia pula mendapat tambahan 20 peratus lagi daripada peratusan kenaikan gaji yang diumumkan itu.


Ini bermakna anggota polis dan tentera menerima kenaikan gaji antara 9 peratus dan 42 peratus.Turut menikmati kenaikan berikutan pengumuman kenaikan gaji kakitangan awam itu ialah 557,033 pesara kerajaan.Sidek berkata kenaikan gaji itu meliputi pegawai dan kakitangan kerajaan dan tidak melibatkan gaji anggota Kabinet.Katanya antara faktor utama kerajaan bersetuju untuk memberi kenaikan gaji adalah bagi menarik dan mengekalkan modal insan yang berkelayakan, berprestasi tinggi dan bermotivasi dalam sektor awam."Semoga dengan pemberian kenaikan gaji ini, kualiti modal insan dalam perkhidmatan awam akan dapat dipertingkatkan, dan lebih ramai dari kalangan yang berkelayakan akan berminat untuk menganggotai perkhidmatan awam," katanya.


Mohd Sidek berkata kerajaan berharap agar sektor awam di Malaysia menjadi antara yang terbaik dan terbilang di dunia, dan kerajaan juga sentiasa prihatin terhadap kumpulan berpendapatan rendah."Pemberian kenaikan gaji ini pastinya akan dapat membantu meringankan beban yang dirasai akibat kenaikan harga minyak dunia dan kos sara hidup," katanya.


Ditanya sama ada beliau mahu mana-mana kakitangan kerajaan yang melakukan kerja sampingan sebelum ini agar menghentikannya, beliau berkata: "Itulah yang telah dijanjikan oleh Cuepacs"."Presiden Cuepacs, Omar Osman, telah menyatakan demikian, dan semalam beliau menyebutnya sekali lagi, dan saya kira sekarang ini beliau kena memberitahu semua kakitangan supaya bekerja lebih keras," katanya.Mohd Sidek berkata bagi memastikan kakitangan awam menjalankan tanggungjawab masing-masing dengan cemerlang, orang ramai boleh memainkan peranan dengan membuat penghakiman."Orang ramai adalah hakim terbaik. Dengan ada kenaikan gaji ini, terpulang kepada orang ramai mengukur kami," katanya.


-- BERNAMA

0 Coretan Lain:

 

Blog Archive

About Me :

My photo

i'm everywere
Email : azlanlinn@yahoo.com

E-Journal

Pendidikan ::

* Bahagian Tajaan - Blog
* Bahagian Tajaan - Rasmi
* MPM
* KPM
* Kemudahan OKU
*

target="_blank"

Text

Klik Banner

Warna-warni Kehidupan Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template