Sep 16, 2006

Langkah kehidupan

SAAT-SAAT PENTING DALAM HIDUP

:: Januari 1995 ::
Berkonvoi motosikal dengan Sabri (Anak Pak Din Cendoi) dari Pantai Remis ke Johor. Memulakan kerjaya sebagai guru di SRJK(T) Ladang Kulai Besar, Kulai. Pengalaman hidup di tempat orang mengajar erti hidup... susah senang tanggung sendiri.

:: Jun 1996 ::
Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan berkat doa arwah ibu dan usaha bang cik dan kak dah serta ahli keluarga, selesailah sudah majlis pertunangan aku dengan ROZITA PAIMAN. Bertungkus lumus ahli keluarga menyelesaikan majlis itu dengan jayanya di mana umah bangcik ketika itu di Bandar Muadzam Shah menjadi tempat "bertanggak" sebelum bertolak ke Felda Bukit Senggeh.

:: Ogos 1996 ::
Termetrailah sudah ikatan perkahwinan antara azlan dan rozita. Gitu le gamaknya kalu jadi adik bongsu dalam keluarga. Kebanyakan urusan perkahwinan, dikelolakan oleh abang-abang dan kakak... Sayangnya ketika tarikh penting dalam idup aku ketika itu, bang cik yang banyak menjayakan majlis tersebut x dpt bersama kerana bangcik berada di jepun atas urusan kerja. Waduh..gawat ni... semua urusan "kepala rombongan" diserahkan kepada sahabat baiknya di smk teknik muadzam shah (namanya, aku dah x ingat). Jasa dan keringat kalian takkan kulupakan hingga ke akhir hayat.. terima kasih semua...

0 Coretan Lain:

 

Blog Archive

About Me :

My photo

i'm everywere
Email : azlanlinn@yahoo.com

E-Journal

Pendidikan ::

* Bahagian Tajaan - Blog
* Bahagian Tajaan - Rasmi
* MPM
* KPM
* Kemudahan OKU
*

target="_blank"

Text

Klik Banner

Warna-warni Kehidupan Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template