Sep 26, 2006

- Jitu Auto Service centre


motto - "kepuasan anda aspirasi kami"



Ini adalah gambar bengkel ketika mula-mula beroperasi dulu pada April 2006. Asalnya nak buka di melaka tetapi banyak sangat halangan khususnya berkaitan perundangan majlis daerah di melaka. agak rumit gak kerana setiap bengkel yang dibuka mesti secara kelompok maksudnya, di satu-satu kawasan itu semuanya bengkel berkaitan automotif. maka bagi jitu auto service ni jenuh le kerana baru nak bertapak dan bersaing dengan taiko2 yang dah power... maka larilah aku riki di johor. Di johor, situasinya berbeza..bleh buka di mana-mana saja. Alhamdulillah, masa raya aji awal tahun dulu, setelah berbincang dengan anak bapak angkat aku di simpang renggam (zamri-anak wak tumin) dia cadangkan satu tapak yang agak strategik. walaupun bukan di tepi jalan raya besar simpang ke johor... lokasi itu adalah laluan utama ke kag sahari, bersebelahan plak ngan carwash yang dah ada nama. alhamdulillah. promosi percuma le utuk bengkel nih.


Tapak bengkel ini disewa dan diikat selama 12 tahun mulai thn 2007-2019. Alahmdulillah, surat perjanjian sewa tanah telah di "matikan setem"

Setelah dibuat kaji selidik berkaitan pasaran dan saiz pasaran serta pesaing2 sedia ada.. aku nekad, dengan dorongan mem besar... termakbul juga usaha ini. alhamdulillah...

Setakat ni, bengkel melayu di simpang renggam cuma ada 4 buah termasuk kami...manakala begkel kaum lain memang le banyak, hampir 9 buah. Dah ada regular customer dan peniaga2 kemboja di pasar malam di kawasan ini seramai 10 org telah menerima kami sebagai panel mereka. Alhamdulillah. Insyallah, tahun depan dah bleh daftar lesen kewangan, tunggu bank statement yang canteekkk je... Member politik bah simpang renggam sentiasa akan support khususnya yang bekerja di Majlis Daerah Simpang Renggam. Maklum le MDSR belum ada penal untuk pembaikan kenderaan mereka. Mudah-mudahan, termakbul usaha murni kami ini...
Sedang berusaha untuk menyediakan "jack kete".. utk nampak lebih gah di mata pelanggan.

Inilah logo bengkel kami. Setiap pelanggan yang menerima perkhidmatan pembaikan kenderaan di bengkel kami akan menerima stiker untuk ditampal di cermin belakang kereta. Seronok x terkata apabila terpandang kereta2 yang menjalar di jalan raya khususnya di simpang renggam yang mempunyai stiker tersebut. Insyallah, akan dibentuk kad ahli bengkel untuk pelanggan menerima diskaun ke atas setiap pembaikan di masa akan datang.

Ini plak Ketua Mekanik.. nama ijan (ROSNIZAN PAIMAN)... 0197774012. Dulu tamat Politeknik Kota Melaka dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal. Bermula dengan kerjaya di kilang sebagai supervisor... dapat bertahan dalam 3 bulan, nampak gayanya dia memang x minat keje kilang. balik kampung dan sanggup keje pomen/mekanik dengan gaji permulaan rm350... kerana minat semua boleh jadi... setelah 4 tahun sebagai mekanik di melaka dengan pengalaman handle 2 cawangan bengkel taukenya di merlimau dan bemban... dia macm kompiden je... apa lagi, abang iparnya pun buat tawaran peluang untuk dia berniaga sendiri... dia pun minat...



Ini plak mekanik. Namanya pejon (FAIZUL). No hp nya ialah 0137805747. Dulu belajor di Politeknik Sultan Ahmad Shah, Kuantan dalam bidang seni bina. Pelbagai pengalaman hidup yang dia dah tempuh. Tetapi terdapat nilai, bakat dan minatnya yang boleh dicungkil. Diajak bersama untuk memajukan syarikat/bengkel ini. dia pun sambut...maka menetap le dia simpang renggam untuk mempelajari selok-belok kerjaya sebagai mekanik...

Azam kami warga G2 AUTO....akan membuka cawangan ke dua dalam tempoh 5 tahun lagi (2010) di kluang, johor. Insyaallah..dengan nekad yang JITU...dan disusuli dengan izin ALLAH SWT dan restu ibu dan bapa serta sanak-saudara juga para pelanggan... semuanya akan dapat dicapai.



















Contoh-contoh kenderaan yang sedang dibaiki oleh kedua-dua orang mekanik di bengkel ini.

salam utk semua.
azlanlin
pengurus
G2 auto.

3 Coretan Lain:

Zuraidah on 9/26/2006 8:41 PM said...

pomen-pomen tu boleh godak kete Waja jugak?

azlanlin on 9/27/2006 12:01 PM said...

Insyallah...setakat ni..datang je apa saja jenis dan ragam...pelanggan akn pulang dengan senang hati...masalah mereka selesai.

mercedes, honda, nissan, peagot, malaysia-waja,kancil,perdana,myvi,kenari dsb, dan lain-lain lagi...

belum pernah menolak rezeki yang datang wpun dalam pelbagai rupa, pe'el, ragam..... isyaallah. Daripada "general overhaul" hingga le ke sekecil2 masalah.. insyallah.

Pak Ngah: on 10/01/2006 1:12 PM said...

HEBAT seluruh warga penggerak G2 ni. Syabas dan tahniah. Teruskan usaha murni.

Kalau ada jambatan dari Borneo ke Spg. Renggam, dapat jugak bawa Kembara @ Wira @ Kancil kami tu.

Tahniah pada Ijam dan Pejon atas kesabaran melalui onak dan duri kehidupan.

...http://mohdlin.blogspot.com

 

Blog Archive

About Me :

My photo

i'm everywere
Email : azlanlinn@yahoo.com

E-Journal

Pendidikan ::

* Bahagian Tajaan - Blog
* Bahagian Tajaan - Rasmi
* MPM
* KPM
* Kemudahan OKU
*

target="_blank"

Text

Klik Banner

Warna-warni Kehidupan Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template