Sep 27, 2006

Awal Ramadhan

Awal puasa pada hari Ahad lalu, kami sekeluarga pulang ke Felda Bukit Senggeh, Melaka. Bersahur dan berbuka di umah mertua. Di siang hari ahad tu, aku & rozita meronda-ronda di Tangkak bertujuan mencari kain utk dijahit baju raya.



Jenuh juga meronda-ronda di bulan puasa...teringat rokok yang menjadi pemanis mulut. Alhamdulillah, dapat diatasi dengan cemerlang.. Hairan sungguh... tiba je bulan puasa, ketagihan rokok tidak dirasai khususnya di siang hari.






Tiba je lepas berbuka, rokok pula yang dicari...
Alangkah bagusnya kalu bulan ramadhan ini dijadikan permulaan berhenti merokok... entah leeeee....




Gerai-gerai ramadhan yg dikelolakan oleh UMNO Bah Kluang di bandar kluang...










Terceratuk dengan pelbagai juadah yang dijual.. jika diikut hawa posa... hancus.. semuanya nak beli... Ini baru ditengah2 bandar kluang.. Blum masuk lagi di taman2 perumahan.

TELATAH ANAK-ANAK :
Amira : dah bleh arap utk berpuasa...






main flash games kat laptop ayah


Amirul...bleh terlupa posa di siang hari...dibukanya peti ais lalu meneguk air milo dlm peti ais. Merajuk bila ditegur oleh amira. Si amirul ni hati kecik skit, mudah merajuk, banyak mengalah, sensitif ttp "caring" ngan adik beradik.


sementara dok menunggu waktu berbuka... main flash games kat pc ayah...dok berlawan ngan kakaknya....sapa menang..





Amir : Hancus setakat ni... kalu ari sekolah, disekolah tadikanya..tetap makan bila tiba time rehat.. maklum le..persekitaran pelajar2 di Tadika Convent...ehhehe..itu le telatah anak-anak...

3 Coretan Lain:

Zuraidah on 9/29/2006 5:02 AM said...

Pengalaman Kak bertahun-tahun dari tahun 1982, dah masak dengan tekad abg chik nak renti merokok ni. Kak hanya dengar tekad itu dan lupakan je. Tak nafikan dia berenti siang je, malam berganda-ganda!!

Adik Wan dah ada baju raya, dia nak baju Bangladesh je, Kak belum, Abg Chik belum dan Yop pun belum.

Pak Ngah: on 10/01/2006 1:37 PM said...

Hal ehwal merokok dan perokok ni kekadang sensitif sikit. Tambahan pula ada yang mungkin terasa dan berasa di hati. Orang yang tak merokok kata, merokok membazir duit dan merosakkan kesihatan. Tapi dibalas balik oleh perokok, lu olang talak melokok ada manyak simpan duit ka? Apa susah... sakit latang, lumah sakit ada, loktor ada, apa mau susah... idup mau enjoy la... idup satu kali... mati pun satu kali... ( tapi yang susahnya orang yg hidup yang kena jaga orang yang sakit akibat merokok tu... tu je... sama-sama kita PIKIAQ...)

Maaf zahir batin.

....http:mohdlin.blogspot.com

PakTeh on 10/02/2006 11:01 AM said...

Adapun tentang isu "rokok" ni, pak teh, pak lang, pak ndak & pak tam tak boleh cakap banyak2, nanti kena 'smash', hehe. Cemanapun, bagus kalau niat nak berenti tu ada, dah dapat 1 pahala.. (tapi kalau dilaksanakan, dapat 10 pahala). ni yg segan nak sebut ni. rasa nak mengkelan.

 

Blog Archive

About Me :

My photo

i'm everywere
Email : azlanlinn@yahoo.com

E-Journal

Pendidikan ::

* Bahagian Tajaan - Blog
* Bahagian Tajaan - Rasmi
* MPM
* KPM
* Kemudahan OKU
*

target="_blank"

Text

Klik Banner

Warna-warni Kehidupan Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template